CES 2017: Komputer Riba Dengan Skrin Melengkung Acer Sudah Semakin Hampir, Sedia Untuk Jualan Tidak Lama Lagi

1769
- Iklan -

predator-21-x_win10Acer mengumumkan bahawa komputer riba yang dinanti-nantikan peminat permainan komputer, Predator 21 X sudah sedia untuk dipasarkan. Komputer riba dengan skrin melengkung ini menampilkan Windows 10 dan direka untuk peminat permainan yang hanya mahukan spesifikasi yang terbaik, Predator 21 X bukan seperti gaming laptop lain yang ada di pasaran.

Ia merupakan gaming laptop pertama di dunia dengan skrin melengkung 21 inci jenis IPS beresolusi 2560 x 1080 piksel dengan kadar refresh rate 120Hz. Ia memberikan pengalaman permainan yang lebih imersif dan respon visual yang sangat baik. Selain itu, pemain juga boleh mencuba teknologi terbaru di dalam permainan dengan mengintegrasikan teknologi pengesanan mata Tobii. Teknologi Tobii membolehkan pemain mengenal pasti musuh-musuh, item dan berinteraksi dengan permainan dengan hanya menatap objek pada skrin. Antara judul permainan yang menyokong teknologi ini adalah Elite Dangerous, Deus Ex: Mankind Divided dan WATCH DOGS 2.

predator-21-x_05 predator-21-x_06

Bagi menyokong bebanan kerja dan proses yang diletakkan pada Predator 21 X, Acer telah melengkapkan komputer riba ini dengan 64GB memori DDR4-2400, empat pemacu SSD 512GB dan 1TB hard drive. Di samping itu, Killer DoubleShot Pro secara automatik akan memilih sambungan Internet yang paling pantas di antara ethernet atau wireless dan mengubah laluan secara pintar bagi memastikan permainan online anda tidak terganggu.

predator-21-x_03Papan kekunci semestinya satu lagi aspek yang amat penting ketika bermain. Predator 21 X dilengkapi papan kekunci mekanikal Cherry MX Brown bersaiz penuh yang bukan sahaja mampu memberikan prestasi terbaik ketika bermain, malahan mempersonakan dengan fungsi backlit LED. Untuk penjagaan tambahan peranti, Acer melengkapkan pakej pembelian Predator 21 X dengan bekas tahan lasak khas.

Predator 21 X akan mula dijual di Amerika Syarikat pada bulan Februari dengan harga jualan bermula pada USD 8,999 (RM 40,428.01)

predator-17-x_win10
Acer Predator 17 X

Selain itu, Acer juga mengumumkan bahawa versi terkini Predator 17 X akan mula dijual pada bulan Januari dengan harga bermula pada USD 2,599 (RM 11,676.01).

predator-17-x_03 predator-17-x_05

Harga, spesifikasi dan jualan Predator 21 X dan Predator 17 X berbeza bagi 
setiap kawasan, dan maklumat di dalam artikel ini hanya dipetik dari Acer untuk 
pameran CES 2017, Las Vegas.
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here