CES 2017: Chromebook Pendidikan Dari Acer

1118
**********

acer-chromebook-11-n7_01Bertempat di Las Vegas di dalam acara CES 2017, Acer hari ini memperkenalkan Chromebook terbaru untuk pendidikan, Acer Chromebook 11 N7. Chromebook terbaru ini menyediakan hayat bateri yang lebih panjang dan rekaan peranti tanpa kipas, menjadikannya pilihan yang luar biasa untuk sekolah dan daerah sekolah yang mahu peranti yang boleh dipercayai, tahan lasak dan boleh diharapkan untuk proses pembelajaran di dalam, mahupun di luar kelas.

Ciri-ciri ketahanan dan reka bentuk Chromebook 11 N7 (C731) memastikan peranti ini mampu beroperasi sehingga tempoh maksimum dan menyumbang kepada penjimatan kos penyelenggaraan IT. Acer Chromebook 11 N7 (C731) telah mengharungi ujian ketahanan yang ketat. Ujian peranti bertaraf militari ini dilakukan bagi memastikan peranti ini mampu bertahan di dalam keadaan yang memberikan cabaran kepada fizikal peranti.

acer-chromebook-11-n7_05 acer-chromebook-11-n7_06

Acer Chromebook 11 N7 (C731) boleh menahan sehingga 132 paun (60 kg) daya diletakkan pada panel atas, manakala kerangka dan engsel diperkukuhkan bagi menambah daya tahan peranti. Di samping itu penyerap hentakan getah dilengkapkan mengelilingi peranti bagi tujuan perlindungan, ia boleh menahan impak jatuh dari ketinggian sehingga 48 inci (122cm) dan mempunyai papan kekunci tahan limpahan cecair.

Acer bukan sahaja meletakkan fokus peranti mereka kepada murid sahaja, malah ada sesuatu yang istimewa buat tenaga pengajar. Untuk guru dan staf pendidikan, Acer memperkenalkan model C731T yang mempunyai paparan sentuh IPS 11.6 inci, dan juga model C731 yang dilengkapi paparan bukan sentuh standard. Skrin sentuh ini memudahkan para guru dan pentadbir sekolah melakukan tugasan mereka dengan lebih pantas. Paparan beresolusi 1366 x 768 piksel ini juga boleh dibuka sehingga 180 darjah bagi memudahkan penggunanya berkongsi maklumat di paparan.

acer-chromebook-11-n7_02Beberapa model Acer Chromebook 11 N7, C73 dan C731T akan hadir dengan pilihan kapasiti ROM 16GB atau 32GB dan 4GB RAM. Peranti ini akan mula dilancarkan untuk institusi pendidikan di Amerika Utara bermula bulan Januari dengan harga USD 229.99 (RM 1033.23).

Kami akan memberikan maklumat semasa apabila Chromebook ini dilancarkan di dalam pasaran tempatan kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here