Bot Lucky Dari Google Untuk Membantu Anda Mencari Fail GIF Di Dalam Allo

2122
- Iklan -

1Allo adalah aplikasi chat terbaru yang dikeluarkan Google setelah Hangout mendapat sambutan yang suam-suam sahaja. Google meletakkan fungsi Google Assistant di dalam Allo bagi menjadikan aplikasi chat ini lebih menarik.

Untuk menarik lebih ramai pengguna kepada aplikasi Allo, Google memperkenalkan satu lagi fungsi di mana anda boleh melakukan carian GIF dengan bantuan bot khas yang dikenali sebagai Lucky. Anda cuma perlu taip @lucky dan kemudian meletakkan frasa carian GIF untuk mencari fail GIF.

2 3

Satu lagi alternatif carian GIF adalah melalui papan kekunci Gboard di mana anda boleh tap butang emoji dan memilih fungsi GIF pada bahagian bar bawah. Saya rasakan fungsi carian pada papan kekunci lebih pantas dan efisien. Apa pula kata anda?

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here