Ura-Ura: Samsung Galaxy S8 Mungkin Dilengkapi 8GB RAM?

3382
- Iklan -

headerDi dalam pasaran peranti flagship sekarang ini, sudah terdapat beberapa model smartphone yang dilengkapi RAM sebesar 6GB. Mungkin ada sesetengah pihak merasakan kapasiti tersebut terlebih besar bagi sebuah peranti mobil dan mungkin ada benarnya.

Menurut beberapa khabar angin, kapasiti RAM 6GB mungkin tidak lagi menjadi sesuatu yang eksklusif pada tahun hadapan kerana Samsung dikhabarkan akan membina Galaxy S8 dengan kapasiti 8GB. Maklumat tersebut dicungkil dari satu sumber dari laman Weibo yang mengatakan bahawa Galaxy S8 akan menampilkan pemproses 10nm, 8GB RAM dan sistem memori dalaman UFS 2.1.

1Agak sukar sebenarnya untuk mempercayai berita ini kerana kapasiti RAM yang terlalu besar akan memberikan impak kepada jangka hayat kitaran bateri. Masalah kuasa ini sudah dihadapi peranti OnePlus 3 semasa ia dilancarkan apabila pengguna mendapat tahu bahawa sebenarnya peranti mereka tidak beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti RAM 6GB. OnePlus bertindak menghadkan penggunaan RAM bagi memastikan bateri OnePlus 3 bertahan lebih lama dan kemudiannya mereka membuang sekatan RAM berkenaan setelah didesak pengguna.

Samsung dijangka mengumumkan Galaxy S8 dalam dua variasi yang berbeza tahun depan. Masih belum ada tarikh rasmi pengumuman Galaxy S8 dan antara tarikh-tarikh yang disebut adalah pada Februari di Barcelona, Sepanyol, atau pada bulan April di New York.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here