**********

2-1Visual dan audio adalah medium utama dalam hiburan, dan peranti seperti TV dan set audio mempengaruhi cara dan kepuasan kita menikmati hiburan di rumah. Terima kasih kepada Samsung Malaysia kerana memberi kami peluang untuk mencuba dan mengulas set hiburan ruang tamu premium yang sememangnya AWESOME! Ikuti ulasan kami dalam pengalaman mencuba Samsung 65” SUHD 4K Curved Smart TV KS9000 Series 9, set audio Soundbar HW-K950 dan pemain Blu-Ray UBD-K8500.

 

Samsung 65” SUHD 4K Curved Smart TV KS9000

2-5Gergasi! Itulah reaksi pertama kami apabila menerima TV pintar melengkung ini di pejabat kami. Untuk memasangnya anda mungkin memerlukan bantuan dari rakan dan keluarga kerana memang sukar untuk melakukan proses ini seorang diri, mujurlah kerja-kerja ini dilakukan para juruteknik yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi, dalam masa yang singkat sahaja TV gergasi ini sudah siap dipasang pada tempatnya. Set TV ini disokong oleh tapak besi, kami ada cuba menggerakkan set TV ini bagi menguji kekukuhan asasnya, dan kami dapati TV dan asas besi yang digunakan amat stabil dan kukuh.

Skala perbandingan saiz TV dengan menggunakan majalah eRing.
Skala perbandingan saiz TV dengan menggunakan majalah eRing.

One ConnectBahagian panel belakang TV ini pula sangat minimal, tidak banyak port sambungan yang ditawarkan, namun ia hadir dengan One Connect yang membolehkan anda menyambungkan pelbagai jenis peranti dan sambungan lain pada TV ini. Selain dari menambah keupayaan sambungan, kami mendapati unit One Connect ini memudahkan pengguna untuk menyambung atau mencabut mana-mana sambungan kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengakses panel belakang TV.

Menu yang kemas memudahkan anda melakukan proses tetapan.
Menu yang kemas memudahkan anda melakukan proses tetapan.
Alat kawalan yang minimal, tidak banyak butang tetapi mudah digunakan.
Alat kawalan yang minimal, tidak banyak butang tetapi mudah digunakan.

Sebaik sahaja menghidupkan TV, kami disambut dengan beberapa proses tetapan seperti sambungan Internet, sambungan STB dan pelbagai lagi memandangkan kami hanya bercadang menggunakan storan USB untuk memainkan media, kebanyakan tetapan tersebut kami langkau. Semua proses tersebut dinavigasi melalui alat kawalan yang disediakan, walaupun mempunyai rekaan dan jumlah butang yang minimal, alat kawalan ini amat mudah digunakan dan anda pasti tidak akan mempunyai banyak masalah mengendalikan menu TV dengan alat kawalan ini.

 

Pada paparan menu, anda juga akan menemui pilihan aplikasi pra-sedia yang boleh digunakan untuk anda mengakses kandungan hiburan atas talian. Aplikasi YouTube, NetFlix dan lain-lain mengayakan lagi pengalaman hiburan melalui TV ini.

Antara aplikasi pra siap yang sedia digunakan sebaik sahaja anda menghidupkan TV.
Antara aplikasi pra siap yang sedia digunakan sebaik sahaja anda menghidupkan TV.

 

SPESIFIKASI

Dimensi 2-3
Resolusi SUHD 4K
Video Picture Engine SUHD Remastering
HDR (High Dynamic Range) HDR 1000
Motion Rate Supreme MR 200
Indeks Kualiti Gambar 2400
Lain-lain Precision Black, Auto Motion Plus, Quantum Dot Color, Film Mode, Supreme UHD Dimming, Auto Depth Enhancer, Peak Illuminator Pro
Audio Dolby Digital Plus
Speaker 4.1 CH
Output bunyi 60W
Lain-lain Multiroom link, DTS Codec, TV SoundConnect, sokongan audio Bluetooth, Woofer
Perisian SMART TV, aplikasi media, pelayar web
Harga RM 21,999

 

2-2Ulasan 65” SUHD 4K Curved Smart TV KS9000

Kualiti gambar memang merupakan yang terbaik pernah kami tonton, memang padan dengan harganya yang mencecah hampir RM 20 ribu. Keupayaannya sebagai smart TV membolehkan pengguna menikmati hiburan dari pelbagai sumber, anda boleh memainkan video dari YouTube, stream rancangan kegemaran dari Netflix, memainkan fail filem dari pendrive USB dan pelbagai lagi.

 

 

 

Samsung Soundbar HW-K950

3-1Cukup ke dengan hanya paparan TV beresolusi 4K? Rasanya macam tak lengkap kalau tak ada sistem audio yang power. Oleh itu kami pasangkan sekali Soundbar HW-K950 bersama-sama SUHD 4K Curved Smart TV KS9000. Kami terkejut apabila membaca spesifikasi soundbar ini, kami tidak menjangkakan bahawa ia dilengkapi 15 unit speaker, belum pasang lagi kami dah pun berasa sangat teruja untuk mencuba kualiti audio soundbar ini.

Gambar rajah lokasi 15 unit speaker di dalam sistem soundbar ini.
Gambar rajah lokasi 15 unit speaker di dalam sistem soundbar ini.

Set audio ini hadir dengan satu unit soundbar utama, dua surround speaker, satu subwoofer dan sebuah alat kawalan. Unit surround speaker dan subwoofer tidak memerlukan sambungan kabel kepada soundbar, anda cuma perlu sambungkan punca kuasa kepada unit tersebut dan unit-unit ini akan terus disambungkan ke soundbar secara automatik apabila dihidupkan.

Ingat lagi kami ada cerita tentang One Connect pada awal artikel? Okay, kami akan kongsikan langkah-langkah menyambungkan soundbar ini dengan TV melalui peranti One Connect.

1) Sambungkan One Connect kepada TV dengan kabel HDMI pada port.

3-3 Port sambungan di panel belakang TV.

Sambungkan pada port One Connect.

3-4

2) Kemudian sambungkan pula soundbar ke One Connect dengan kabel HDMI, kali ini pada port TV ARC.

3-5 Port sambungan pada soundbar3-6 Sambungkan pada port ARC di One Connect

 

3) Apabila anda menghidupkan soundbar, pastikan label TV ARC keluar pada paparan soundbar, jika tiada sila tekan butang Source pada alat kawalan. Selepas itu soundbar akan menjadi output audio utama kepada TV.

3-73-8

SPESIFIKASI

Kuasa 500W
Sokongan Format AAC, MP3, WAV, WMA, OGG dan FLAC
Audio Dolby Atmos / Dolby True HD / Dolby Digital Plus
Sambungan HDMI, AUX, Bluetooth, USB
Speaker Tweeters dan subwoofer (wireless)
Harga RM 5,999
Ulasan Soundbar HW-K950

Telinga kami masih berdengung walaupun filem telah habis dimainkan, memang audio yang dihasilkan dari soundbar ini cukup padu! Bunyi frekuensi tinggi dan rendah dilontarkan cukup seimbang serta selesa untuk didengari walaupun kami berada di ruangan menonton yang kecil. Secara keseluruhannya kami cukup kagum dan berpuas hati dengan kualiti bunyi Soundbar HW-K950. Walaupun begitu kami mendapati terdapat sedikit kesukaran dalam proses tetapan dan sambungan audio, kami telah mengikuti dengan tepat arahan dari manual namun pada awal proses tetapan kami tidak berjaya mengeluarkan audio melalui soundbar ini, namun setelah beberapa kali mengulang proses sama akhirnya kami berjaya.

 

Samsung UBD-K8500 Pemain Blu-Ray

4-1Tidak lengkap set hiburan di rumah tanpa pemain media, kalau dah ada TV dan audio yang hebat mestilah ada pemain media yang hebat. Jadi kami sambungkan sekali Samsung UBD-K8500 yang menawarkan 4 kali lebih resolusi dan 64 kali lebih keserlahanan warna berbanding pemain Blu-Ray lain.

Apa lagi, kami pun sumbatkan cakera blu-ray dan menikmati filem penuh aksi dan letupan (Transformers: Age of Extinction). Fuhh, memang betul, butiran dan warna dari filem ini amat menonjol, tambahan pula pemain UBD-K8500 ini disambungkan ke TV SUHD 4K Curved Smart TV KS9000 yang mempunyai teknologi quantum dot, memang amat menyerlah.

4-2 4-3

Tonton rakaman video kami ketika menonton filem dengan menggunakan ketiga-tiga produk Samsung ini.

 

Sambungan UBD-K8500 kepada TV

4-5• Sambungkan kabel HDMI di port MAIN kepada port HDMI di unit One Connect.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here