Papan Kekunci Gboard Untuk Android Sudah Tiba

65071

headerPada bulan Mei yang lalu, Google memperkenalkan sebuah aplikasi papan kekunci istimewa Gboard untuk pengguna iOS. Papan kekunci dengan fungsi carian Google terbina di dalam menerima respon yang sangat positif, namun sebahagian besar pengguna Android sedikit kecewa kerana papan kekunci tersebut tidak ditawarkan untuk sistem operasi keluaran Google sendiri.

KINI TIDAK LAGI…

1 2

Gboard kini sudah dilancarkan untuk peranti Android. Papan kekunci ini akan menggantikan Google Keyboard dalam kemas kini versi 6.0. Gboard menjadikan tugasan lebih mudah dengan integrasi carian Google di dalam papan kekunci. Dengan menekan butang “G”, anda akan mengaktifkann fungsi carian tanpa perlu keluar ke aplikasi pelayar web.

Buat masa sekarang, versi 6.0 dilancarkan secara berfasa, dan berdasarkan tinjauan kami di Play Store, versi terbaru yang dipaparkan adalah 5.1 dab. Kita mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum mendapatkannya di Play Store. Walau bagaimanapun, jika anda sudah tidak sabar menggunakan Gboard, anda boleh muat turun fail APK.