Niantic Labs Melepaskan Pokémon Baru Ke Dalam Pokémon Go

1Seperti yang dijanjikan minggu lepas, Niantic Labs telah melancarkan kemas kini yang membawakan Pokémon baru ke dalam permainan Pokémon Go.

Masih ingat ura-ura sebelum ini yang mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100 Pokémon yang akan ditambah ke dalam permainan? Nampaknya perkara tersebut tidak akan terjadi kerana Niantic Labs hanya akan memasukkan Pokémon spesies baru secara berkala dan berfasa. Antara Pokémon terbaru yang dimasukkan adalah Togepi dan Pichu, kalau anda seorang peminat Pokémon tegar pasti anda kenal sangat Pokémon ini.

Kalau rasa dah suam-suam kuku bermain Pokémon Go, mungkin sekarang masanya untuk anda kembali aktif mencari Pokémon terbaru.

You might also like