Microsoft Secara Senyap-Senyap Membina Mod Permainan Untuk Windows 10

2429

1Pengguna yang berhijrah dari sistem operasi Windows versi terdahulu kepada versi Windows 10 pasti setuju bahawa Windows 10 adalah sistem operasi yang lebih ringan. Permainan dan aplikasi dilancarkan dengan lebih pantas dan beroperasi lebih baik dengan Windows 10 berbanding versi sebelum ini.

Tidak lama lagi, bermain permainan bergrafik tinggi mungkin akan menjadi lebih menarik pada Windows 10. Seorang pengguna dengan akses developers melaporkan menjumpai fail fungsi gamemode.dll yang membolehkan sistem operasi mengoptimumkan kerja pemproses GPU dan CPU ketika anda bermain permainan komputer.

Microsoft bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan fungsi ini. Namun, dengan versi Creators baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, mungkin  Windows akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai fungsi Game Mode ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here