Bye-Bye Pebble :(

1518
**********

1Pebble, salah satu jenama smartwatch kegemaran kami akhirnya menemui titik noktah dalam perjalanannya. Jenama yang dianggap underdog namun masih mampu memberikan impak besar di dalam dunia peranti wearable menjadi terkenal dengan projek jam Pebble pertama mereka menjadi antara projek yang paling berjaya di dalam sejarah Kickstarter.

headerFitbit mengakhiri riwayat Pebble dengan membeli syarikat tersebut dan kemudiannya membeku serta menghentikan semua produk Pebble. Syarikat Pebble pernah dinilai pada harga USD 740 juta, namun dengan masalah kewangan yang berpanjangan akhirnya Pebble tumbang dan dibeli oleh Fitbit pada nilai USD 40 juta, penutup cerita yang sedih kerana Pebble dianggap antara jenama yang mampu menghasilkan smartwatch berkualiti dan mempunyai identiti tersendiri. Orang ramai yang telahpun menyokong projek Pebble namun belum mendapat peranti mereka akan diberikan tebusan wang tidak lama lagi.

Maklumat lanjut boleh ikuti kemas kini laman blog Pebble.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here