Anda Boleh Cuba Samsung Pay Sekarang!

1893
**********

samsung-pay_lifestyle-2Samsung Malaysia Electronics dan Maybank telah melancarkan servis Samsung Pay di Malaysia bermula dengan versi beta terbuka eksklusif untuk pemegang kad Maybank. Samsung Pay adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih kad debit, kredit dan prabayar menggunakan peranti Samsung. Dari 9 sehingga 31 Disember 2016, pemegang kad Maybank boleh mula menggunakan Samsung Pay beta dengan syarat mereka haruslah memiliki smartphone Samsung untuk menikmati servis ini.

samsung-pay_lifestyle-1Pengenalan perkhidmatan ini dilakukan atas permintaan pengguna di Malaysia, di mana 89% daripada pengguna telefon pintar Samsung Galaxy menyatakan minat untuk menggunakan Samsung Pay. Ini berdasarkan pada tunjauan yang dilakukan awal tahun ini oleh Samsung Malaysia Electronics, di mana 200 pengguna Malaysia telah menyatakan minat mereka terhadap Samsung Pay.

enjoy-phonesSamsung Pay beta dibuka secara eksklusif kepada pemilik Maybank Visa kredit, debit atau kad prabayar dengan model peranti Samsung Galaxy S7, Galaxy S7 edge, Galaxy Note5, Galaxy S6 edge+, Galaxy A7 (2016) atau Galaxy A5 (2016).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here