Statistik Menarik Google Pixel VS Nexus 6P

1072
- Iklan -

1Google Pixel tidak dapat dinafikan adalah salah satu peranti lewat tahun 2016 yang sangat menarik. Spesifikasi hebat dan terkini, ditambah pula dengan kamera yang merekod skor tertinggi DxOMark merupakan daya penarik utama smartphone ini, namun masih ada yang skeptikal sama ada smartphone ini akan berjaya menawan pasaran dengan harga jualan yang tinggi.

Hasrat Google untuk menghasilkan smartphone sendiri sudah dapat dilihat sejak dahulu lagi, barisan peranti Nexus merupakan bunga-bunga awal Google bergerak ke arah tersebut, dan siri ini mempunyai pengikutnya sendiri kerana menawarkan smartphone dengan sistem Android asli, kemas kini pantas dan juga dijual pada harga berpatutan.

Namun kita semua dikejutkan dengan langkah Google menetapkan kelas harga Pixel setanding dengan peranti iPhone, di mana ramai pengguna mengharapkan Pixel dijual pada harga sekitar harga peranti Nexus 6P dan di sinilah agak ramai yang skeptikal dengan keberjayaan peranti Google Pixel kelak.

Carta jualan peranti dalam tempoh seminggu dari hari pelancaran.
Carta jualan peranti dalam tempoh seminggu dari hari pelancaran.

Namun semua keraguan telah ditolak dalam masa yang singkat. Menurut syarikat pemasaran peranti mobil, Google Pixel telah memecahkan rekod jualan minggu pertama Nexus 6P. Google Pixel XL mencatatkan jualan di dalam keseluruhan pasaran pada angka 0.02% dalam masa seminggu, padahal Nexus 6P memerlukan masa dua minggu untuk mencatat jumlah jualan yang sama.

Nampak gayanya Google Pixel mempunyai masa depan yang cerah. Pada awal minggu ini terdapat laporan bahawa Google sedang menghadapi sedikit kesukaran memenuhi permintaan Google Pixel dan Pixel XL. Kami pula tak sabar menantikan jualan Google Pixel di Malaysia.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here