Jadi Paling Cool Di Pejabat Dengan Mencetak Terus Dari Peranti Android

1325

1-1_editPeranti Android boleh melakukan hampir apa sahaja tugasan profesional yang anda lakukan setiap hari, peranti yang merupakan pusat IOT ketika ini boleh berhubung dengan pelbagai peranti lain seperti komputer, TV dan lain-lain. Salah satu fungsi Android yang kerap dilupakan adalah kebolehannya mencetak dokumen secara wireless.

Tiada printer dengan sokongan wireless? Tidak perlu risau, kerana kami akan kongsikan cara untuk anda mencetak dokumen terus dari smartphone Android walaupun anda sedang menggunakan printer zaman purba.

CARA-CARANYA

Terlebih dahulu anda perlu pastikan printer anda disambungkan ke komputer yang mempunyai akses Internet. Ini amat penting kerana ini merupakan sambungan bagi smartphone dan printer anda untuk berkomunikasi.

  1. Lancarkan pelayar Google Chrome, kemudian log masuk ke akaun anda. Gambar profil anda akan terpampang apabila akaun anda sudah diakses.1
  2. Klik butang menu dan pilih settings.2
  3. Klik Show advanced settings.3
  4. Lihat bahagian Google Cloud Print dan klik butang manage.4
  5. Klik Add printers.5
  6. Google akan menyemak semua printer yang pernah atau sedang digunakan bersama akaun anda, dari senarai tersebut pilih mana-mana printer yang anda mahu gunakan bersama smartphone anda.6
  7. Setelah itu semak semula sama ada printer anda muncul di dalam senarai peranti yang siap sedia digunakan pada alamat chrome://devices/7

LANGKAH SETERUSNYA DILAKUKAN PADA SMARTPHONE ANDA

  1. Imbas kod QR dan muat turun fail APK Cloud Print. Fail APK ini akan melengkapkan smartphone anda dengan servis cetakan terus dari cloud.2-8-qr
  2. Setelah muat turun selesai, install APK tersebut melalui mana-mana aplikasi Fail Manager. Pastikan anda aktifkan fungsi Unknown Sources pada menu Settings > Security & Fingerprints.9
  3. Setelah proses installation siap, pergi ke bahagian Settings > Printing, kemudian aktifkan fungsi Cloud Print dan anda akan dapat melihat senarai printer yang siap sedia digunakan.10
  4. Buka mana-mana dokumen yang anda mahu cetak, kemudian tap butang menu dan pilih Print.11
  5. Pilih tugasan cetak dari menu dan apabila anda sudah berpuas hati dengan preview cetakan, tap ikon printer.12

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here