Dapatkan Fungsi Gesture Khas Google Pixel Pada Smartphone Anda

1595
**********

1Google Pixel dan beberapa peranti keluaran Huawei mempunyai fungsi gesture istimewa pada bahagian pengesan cap jari yang membolehkan pengguna mengakses fungsi tertentu smartphone, salah satunya adalah dengan melakukan swipe pada bahagian pengimbas untuk menurunkan paparan notifikasi.

2Terima kasih kepada pembina aplikasi ztc1997 dari forum XDA Developers, kini anda boleh mendapatkan fungsi istimewa tersebut pada smartphone anda. Aplikasi Fingerprint Quick Action yang dibina ztc1997 membolehkan pengesan cap jari anda ditetapkan untuk mengakses paparan notifikasi, kembali ke home screen, ataupun memadamkan skrin. Aplikasi ini juga sangat mudah digunakan, peranti tanpa sistem root juga boleh menggunakan aplikasi ini tanpa sebarang masalah. Yang penting smartphone anda haruslah mempunyai pengesan cap jari dan juga sistem Android 6.0 dan ke atas.

Apa yang anda perlu lakukan?

2

 

 

Benarkan proses Install dari Unknown Source di dalam Settings > Fingerprint & Security.

 

 

3

 

 

Muat turun aplikasi Fingerprint Quick Action dan install aplikasi tersebut.

 

 

 

4

 

 

Aktifkan akses Fingerprint Quick Action

 

 

 

5Lancarkan aplikasi, dan aktifkan fungsi aplikasi.

 

6

Pilih jenis gesture dan akses yang anda mahu dari tetapan ini.

 

 

Sesetengah model smartphone mungkin akan menghadapi masalah menggunakan aplikasi ini. Saya ada mencuba aplikasi ini pada OnePlus 3, namun tidak berjaya. Walau bagaimanapun, aplikasi ini berfungsin dengan sempurna pada Sony Xperia XZ.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here