WhatsApp Berkongsi Nombor Telefon dengan Facebook untuk Tujuan Pengiklanan! Bagaimana Cara untuk Menutup Fungsi Ini?!

944
**********

1. BANNER - pic 1Seperti yang telah kita ketahui, WhatsApp sudahpun dimiliki oleh Facebook pada 19 Februari 2014 yang lalu dengan nilai pemilikan yang agak besar iaitu mencecah sehingga USD19.3 bilion atau bersamaan kira-kira RM78.74 bilion. Nilai pemilikan ini merupakan yang terbesar pernah dibuat oleh Facebook dan ramai yang beranggapan nilai tersebut agak keterlaluan. Bahkan sejak dari pemilikan tersebut, pelbagai fungsi dan juga ciri-ciri baru telah diperkenalkan pada WhatsApp yang kini memiliki lebih dari 1 bilion pengguna dari seluruh dunia. Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuklah sokongan panggilan suara dan juga pemansuhan yuran bayaran tahunan.

Namun begitu, baru-baru ini nampaknya Facebook telah mengambil satu lagi pendekatan baru yang mencetuskan sedikit kontroversi apabila WhatsApp telah mengumumkan akan berkongsi maklumat akaun dengan laman sosial Facebook. Menurut WhatsApp, sekiranya nombor telefon WhatsApp tersebut disambungkan dengan sistem Facebook, laman sosial tersebut berupaya mencadangkan senarai kawan di Facebook secara automatik dan pengiklanan yang diterima juga adalah lebih relevan untuk setiap individu berbeza. Jadi sekiranya anda tidak mahu berkongsi maklumat akaun WhatsApp dengan laman sosial Facebook, editor akan berkongsi tip untuk menutup fungsi ini secara manual, memandangkan ia telahpun diaktifkan sebaik sahaja anda mengemaskini WhatsApp ke versi yang terbaru.

Cara menutup perkongsian maklumat WhatsApp dengan Facebook:

pic 1
Langkah 1

Buka aplikas WhatsApp dan klik pada Menu yang hadir dengan simbol tiga titik yang terdapat di bahagian atas skrin dan pilih Settings.

 

 

 

 

 

2
Langkah 2

Klik pada menu Account.

 

 

 

 

 

 

3
Langkah 3

Anda boleh lihat bahawa perkongsian akaun WhatsApp dengan Facebook telah diaktifkan secara automatik di menu paling bawah iaitu Share my account info.

 

 

 

 

 

 

4
Langkah 4

Untuk mematikan fungsi perkongsian ini, anda hanya perlu klik pada ruangan bertanda di dalam kotak pada menu tersebut. Sebaik sahaja diklik, satu tetingkap mesej akan dipaparkan untuk pengesahan mematikan fungsi ini dan anda hanya perlu klik pada DON’T SHARE.

 

 

 

 

5Langkah 5

Satu mesej akan dipaparkan yang mengesahkan bahawa anda telah menutup fungsi perkongsian akaun WhatsApp dengan Facebook.

 

 

 

 

 

6Langkah 6

Kini menu Share my account info tidak lagi akan dipaparkan pada menu Account anda.


 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here