Sah! Kini Anda Boleh Miliki iPhone 7 & 7 Plus Dari Celcom

2433

1Perang sudah bermula! Seperti biasa setahun sekali mesti ada perang telco di negara kita setiap kali iPhone terbaru dilancarkan. Selain Digi, pagi ini pula Celcom mengeluarkan senjata mereka dengan melancarkan jualan iPhone 7 dan 7 Plus mereka.

Pengguna Celcom sudah mula beratur di kawasan pelancaran sehari sebelum pelancaran kerana Celcom ada menawarkan promosi istimewa kepada 7 orang pertama yang mendaftarkan diri untuk mendapatkan iPhone 7, mereka yang bertuah ini hanya perlu membayar RM 7 bagi mendapatkan peranti terhangat ini!

Wajah bertuah yang berjaya mendapatkan iPhone 7 pada harga RM 7!
Wajah bertuah yang berjaya mendapatkan iPhone 7 pada harga RM 7!

Selain itu terdapat juga permainan Spin The Wheel yang menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan iPhone 7 pada harga RM 7, RM 77, RM 777 dan juga hadiah-hadiah lain berupa aksesori. Artis tempatan juga turut hadir bagi memeriahkan acara ini dengan penampilan istimewa Amber Chia, Izzue Islam dan Siti Elizad.

iPhone 7
iPhone 7
iPhone 7 Plus
iPhone 7 Plus

Anda boleh mendapatkan iPhone 7 dan 7 Plus dari Celcom dengan dua pelan asas yang disediakan.

Pelan

FIRST iPhone 7 / 7 Plus 

Komitmen bulanan serendah RM 98
Kontrak 24 bulan
12 GB Internet data
Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
Penggunaan tanpa had Celcom WiFiPlus
WhatsApp & WeChat tanpa had
Streaming muzik tanpa had melalui Yonder Music

Harga peranti

iPhone 7

 

32 GB

RM 2,058 (RM 3,017.92)

128 GB

RM 2,488 (RM 3,489.62)

256 GB

RM 2,908 (RM 3,961.32)

iPhone 7 Plus

32 GB

RM 2,558 (RM 3,574.53)

128 GB

RM 2,978 (RM 4,046.23)

256 GB

RM 3,408 (RM 4,517.92)

 

Pelan

FIRST PLATINUM iPhone 7 / 7 Plus 

Komitmen bulanan serendah RM 150
Kontrak 24 bulan
18 GB Internet data
Panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian
Penggunaan tanpa had Celcom WiFiPlus
WhatsApp & WeChat tanpa had
Streaming muzik tanpa had melalui Yonder Music

Harga peranti

iPhone 7

 

32 GB

RM 1,688 (RM 3,017.92)

128 GB

RM 2,108 (RM 3,489.62)

256 GB

RM 2,538 (RM 3,961.32)

iPhone 7 Plus

32 GB

RM 2,188 (RM 3,574.53)

128 GB

RM 2,608 (RM 4,046.23)

256 GB

RM 3,038 (RM 4,517.92)

*Harga dalam kurungan ( ) merujuk kepada harga runcit pasaran Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here