Raja Smartphone Modular, Moto Z Kini Di Malaysia!

1749

1Nak kamera power? Pasang je modular Hasselblad True Zoom. Nak speaker kuat? Boleh pasang JBL SoundBoost Speaker. Nak tonton filem dari smartphone? Korang boleh pasang pulak modular Insta-Share Projector.

Itulah konsep yang diterapkan Lenovo dalam smartphone terbaru mereka, Moto Z dan Moto Z Play yang baru sahaja dilancarkan hari ini. Kebolehan modular kedua-dua smartphone ini membuka kemungkinan baru dan potensi yang besar untuk mengubah cara kita menggunakan smartphone ketika ini. Sepanjang berada di majlis pelancaran, kami sememangnya kagum dengan Moto Z dan Moto Z Play.

2Moto Z adalah versi premium pada edisi kali ini, ia dilengkapi skrin 5.5 inci Quad HD AMOLED yang menghasilkan paparan yang jelas, menonjol dan cantik. Kuasa pemprosesannya pula bergantung kepada Qualcomm Snapdragon 820 yang dibantu RAM 4GB.

Lenovo juga mengetengahkan fungsi bateri berkapasiti besar pada model kali ini. Amat mengagumkan kerana walaupun dengan ketebalan 5.2mm, Moto Z hadir dengan kapasiti bateri sama hebat dengan pesaing lain (2,400 mAh). Moto Z juga menyokong teknologi cas pantas di mana anda boleh mendapatkan bekalan kuasa untuk 7 jam penggunaan dengan hanya 15 minit cas pantas TurboPower.

Moto Z (kanan) mempunyai label Moto pada bahagian bawah, manakala Moto Z Play labelnya terletak di bahagian atas skrin.
Moto Z (kanan) mempunyai label Moto pada bahagian bawah, manakala Moto Z Play labelnya terletak di bahagian atas skrin.
Moto Z mempunyai bar hitam pada bahagian atas dan bawah, manakala Moto Z Play mempunyai panel belakang tanpa bar.
Moto Z mempunyai bar hitam pada bahagian atas dan bawah, manakala Moto Z Play mempunyai panel belakang tanpa bar.

Pra-tempah untuk Moto Z dan Moto Z Play akan mula dilancarkan pada 4 November melalui 11street dan Lazada. Lenovo juga menawarkan sesuatu yang istimewa kepada 50 pelanggan pertama yang menempah Moto Z dan Moto Z Play, dengan setiap tempahan akan menerima satu modular JBL SoundBoost Speaker bernilai RM 599 secara percuma.

Moto Z lebih nipis dari Moto Z Play
Moto Z lebih nipis dari Moto Z Play
Moto Z tiada Audio Jack.
Moto Z tiada Audio Jack.

Spesifikasi Moto Z

Dimensi 155.3 mm x 75.3 mm x 5.19 mm
Pemproses Qualcomm Snapdragon 820
Sistem Operasi Android Marshmallow
Paparan 5.5 inci Quad HD AMOLED
RAM 4GB
ROM 64GB (microSD sehingga 2TB)
Kamera Utama: 13 Megapiksel
Hadapan: 5 Megapiksel
Bateri 2600 mAh
Warna Black/Lunar Grey
White/Fine Gold
Harga RM 2,699

 

Spesifikasi Moto Z Play

Dimensi 156.4 mm x 76.4 mm x 6.99 mm
Pemproses Qualcomm Snapdragon 625
Sistem Operasi Android 6.0.1 Marshmallow
Paparan 5.5 inci Full HD AMOLED
RAM 3GB
ROM 32GB (microSD sehingga 2TB)
Kamera Utama: 16 Megapiksel
Hadapan: 5 Megapiksel
Bateri 3510 mAh
Warna Black/Silver
White/Fine Gold
Harga RM 1,799

 

Di samping melancarkan Moto Z dan Moto Z Play, Lenovo juga turut melancarkan barisan modular yang boleh dipadan dan digunakan bersama smartphone ini. Di samping itu, terdapat pelbagai pilihan Style Shells yang boleh dipilih untuk digayakan bersama Moto Z dan Moto Z Play.

Moto Mods Harga
JBL SoundBoost Speaker RM 599
Hasselblad True Zoom Camera RM 1,299
Insta-Share Projector RM 1,399
Incipio offfGRID Power Pack RM 1,399

 

Style Shells Harga
Black Leather RM 79
Charcoal Ash RM 79
Silver Oak RM 79
Washed Oak RM 79
Crimson Ballistic Nylon RM 59
Black Herring RM 59

 

Pilihan Moto Mods dan Style Shells yang ditawarkan Lenovo bersama-sama Moto Z dan Moto Z Play.
Pilihan Moto Mods dan Style Shells yang ditawarkan Lenovo bersama-sama Moto Z dan Moto Z Play.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here