Mendalami Isu Kebakaran Dan Letupan Bateri Smartphone

1803
**********

Banyak yang diperkatakan baru-baru ini mengenai Samsung Galaxy Note 7 yang dilaporkan cenderung untuk meletup. Namun Samsung mengesahkan hanya 35 kes letupan bateri dilaporkan dari jutaan peranti yang dijual, namun atas keselamatan pengguna, Samsung memanggil semula peranti yang dijual dan menghentikan pengedaran Samsung Galaxy Note 7.

Letupan bateri boleh terjadi kepada mana-mana peranti, malang sekali Samsung Galaxy Note 7 sedikit terjejas dengan unit bateri yang kurang baik, dan kami percaya hanya sebilangan kecil peranti sahaja terbabit dengan insiden ini. Jadi mari kita pelajari dan mendalami apakah yang menyebabkan unit bateri boleh meletup/terbakar dan adakah langkah-langkah untuk menghindari insiden ini.

Mengapa Peranti Elektronik Terbakar

2.1Peranti elektronik seperti komputer dan smartphone secara umumnya menggunakan kuasa untuk beroperasi, peranti ini juga menyimpan dan menggunakan banyak kuasa, pada masa yang sama kuasa ini menghasilkan haba. Apabila terdapat kejanggalan pada perkakasan, bekalan kuasa ini menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

Jurutera elektronik melengkapkan peranti dengan pelbagai pencegah (lebih dikenali sebagai fail-safe) bagi mengelakkan bekalan kuasa menjadi tidak terkawal. Pelbagai rintangan diletakkan di point tertentu di dalam peranti seperti port pengecas, papan induk dan juga di bateri itu sendiri. Fail-safe ini berfungsi sebagai titik kawalan kuasa yang akan membantu peranti bertindak sekiranya bekalan kuasa menjadi tidak terkawal. Tambahan pula perkakasan yang ada pada smartphone jauh lebih kecil berbanding pada peranti lain, ini menjadikan perkakasan tersebut lebih sensitif kepada haba dan memerlukan sistem fail-safe yang sempurna.2.2Namun kemalangan tetap berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati dengan corak penggunaan peranti. Jadi kami kongsikan beberapa punca kebakaran dan letupan bateri.

  1. Suhu

2.3Semua peranti elektronik menggunakan tenaga untuk beroperasi, tenaga elektrik ini disimpan di dalam bateri dan sentiasa aktif di dalam sel-sel bateri. Hadir bersama tenaga elektrik ini adalah suhu yang akan tersebar apabila anda menggunakan peranti.

Corak penggunaan dan bebanan operasi sedikit sebanyak akan mempengaruhi suhu bateri. Jadi anda dinasihatkan agar tidak meletakkan bebanan operasi terlalu tinggi kepada peranti, kerana ini sekaligus akan meningkatkan suhu pelbagai komponen yang ada di dalam peranti, lantas mendedahkan anda kepada risiko kebakaran peranti.

Baru-baru ini juga terdapat laporan kebakaran Galaxy Note 7 yang menarik minat kami berkenaan tabiat pengguna, berdasarkan bukti dan senario insiden tersebut pemilik peranti telah melakukan sesuatu yang kurang bijak dan merbahaya. Beliau telah mengecas peranti dan membiarkannya di atas katil dan pada situasi ini kemungkinan besar peranti tersebut juga telah dihimpit dengan bantal dan juga pelbagai benda lain. Suhu peranti akan meningkat apabila dicas, lebih memburukkan keadaan adalah suhu tersebut terperangkap apabila diletakkan di atas tilam dan juga dihimpap dengan pelbagai barang lain. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar.

2.4

  1. Bateri Standard Rendah

2.5Bateri untuk smartphone masa kini semakin lama semakin nipis, ini kerana pihak pengeluar berlumba-lumba siapa yang dapat mengasilkan peranti paling nipis dan ergonomik. Keghairahan ini menyaksikan komponen smartphone yang dibina semakin kompak dan kecil, termasuklah bateri. Di dalam bateri terdapat dua plat yang amat penting untuk bateri ini berfungsi.

Oleh kerana saiz yang kompak, plat positif dan negatif hanya mempunyai ruang minimal yang memisahkan mereka. Pada kebiasaannya pengeluar mempunyai pembekal komponen mereka yang dilantik khas bagi menghasilkan komponen berkualiti tinggi dan mencapai standard tertentu, namun terdapat juga pengeluar komponen tiruan/jenama lain yang menghasilkan komponen yang sama untuk dijual pada harga murah.

Di sinilah pengguna terdedah dengan bahaya apabila mereka mendapatkan bateri pengganti yang tidak mencapai piawaian. Hasilnya bateri terdedah dengan bahaya letupan sekiranya plat positif dan negatif diganggu atau menerima impak yang besar.

Tips Mengelak Kecelakaan

Selain daripada dua punca yang disenaraikan, masih terdapat faktor lain yang mempengaruhi bateri seperti impak dan juga corak bekalan kuasa, namun kes berkaitan punca berkenaan amat jarang berlaku. Setelah melihat dua punca utama kerosakan bateri, mari kita lihat pula bagaimana anda boleh mengelakkan bateri anda dari rosak, terbakar dan berkemungkinan meletup.

  1. Berhati-Hati Menggunakan Peranti Ketika Dicas

2.6Ada pendapat yang bercanggah berkenaan ini, ada sesetengah mengatakan adalah selamat untuk menggunakan peranti ketika dicas ada juga yang kata tidak selamat, kami setuju dengan kedua-duanya.

Suhu peranti akan mula naik apabila anda mengecas bateri, dan sekiranya anda menggunakan aplikasi pada peranti ia akan menambah beban kuasa dan meningkatkan suhu peranti. Bagi kami adalah selamat untuk anda sekadar menggunakan aplikasi ringan dengan jangka masa yang singkat. Namun amat merbahaya jika anda menggunakan peranti ketika dicas untuk bermain permainan video ataupun melakukan panggilan untuk tempoh masa yang lama.

Risiko kerosakan bateri akan meningkat apabila suhu menjadi terlalu tinggi, boleh jadi unit fail-safe akan mula gagal berfungsi dan anda akan terdedah dengan bahaya kebakaran dan juga letupan. Jadi berhati-hati ketika menggunakan peranti semasa dicas

  1. Cas Peranti Di Tempat yang Mempunyai Pengaliran Haba Yang Baik

2.7Merujuk kepada kes letupan peranti ketika dicas di atas katil yang disebut sebelum ini, jelaslah bahawa amat penting untuk anda mengecas peranti di tempat yang sesuai. Pilih tempat yang mempunyai aliran haba yang baik dan elakkan tempat seperti katil, almari dan mana-mana lokasi berisiko.

Tempat-tempat tersebut bukan sahaja konduktor haba yang tidak baik, malah amat berbahaya kerana anda berada sangat dekat dengan peranti ketika dicas. Saya pada kebiasaannya mengecas peranti dan membiarkannya di atas lantai di mana suhu lantai akan menarik haba berlebihan dari peranti semasa ia dicas. Selain itu saya juga ingin menasihatkan anda menanggalkan casing sekiranya casing anda mula mempengaruhi suhu peranti.

  1. Pilih Soket Dan Kabel Berkualiti

2.8Ramai yang berpendapat bahawa tidak selamat untuk menggunakan soket dan kabel dari pengeluar ketiga dan anda harus menggunakan aksesori asli yang diberi dalam kotak pembelian, dan itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan dalam pasaran yang menawarkan soket dan kabel berkualiti tinggi, produk-produk tersebut telah diuji kualitinya dan selamat digunakan. Anda cuma perlu menyelidik jenama-jenama tersebut dan pastikan anda membeli produk yang tepat. Elakkan dari membeli soket dan kabel pada harga murah yang diragui kualitinya, sekiranya berlaku kecelakaan anda yang akan menanggung sakit.

Tiada masalah sekiranya anda mahu menggunakan aksesori asli, produk dari dalam kotak pembelian sememangnya sudah ditala dan ditetapkan sesuai dengan peranti. Namun editor lebih gemar menggunakan kabel dan soket pihak ketiga kerana mahu memelihara fizikal aksesori asal yang akan menambah nilai sekiranya ingin menjual peranti.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here