Cara Mudah & Senang Mendapatkan Senarai Contact Dari Peranti iOS Kepada Android

2800

1Menghantar dan berkongsi fail dari platform yang sama amat mudah, namun bagaimana pula sekiranya anda berniat untuk menukar angin dan mencuba platform baru, contohnya dari iOS ke Android. Salah satu informasi penting yang perlu anda ada pada smartphone Android baru anda adalah senarai contacts. Kali ini editor kongsikan cara mudah dan cepat untuk anda menghantar senarai contacts dari peranti iOS anda masuk ke dalam peranti Android.

Melalui Akaun Google

2

3-qr-gmail
Imbas QR Gmail

Jika anda mahu menggunakan peranti Android, perkara pertama dan utama yang anda perlu lakukan terlebih dahulu adalah mempunyai akaun e-mel Google. Kebanyakan dari anda pastinya sudah mempunyai akaun Gmail, jika tiada sila imbas kod QR untuk mendaftar akaun Gmail anda.

 

Setelah siap akaun Gmail anda, pergi ke bahagian Mail, Contacts, Calendars di dalam menu settings iPhone anda. Tap Add Account dan pilih Google dan masukkan butiran yang diperlukan. Setelah selesai proses memasukkan butiran dan pengesahan, anda akan dapat melihat senarai data dan informasi yang anda boleh pilih untuk di sync dengan iPhone anda, pastikan pilihan Contacts ditanda aktif. Setelah selesai kesemua proses, semua contacts dari iPhone dan Android anda akan sentiasa dikemas kini antara satu sama lain.

2a
• Settings > Mail, Contacts, Calendars      • Add Account                                    • Google

iCloud

4icloudIni merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan fail contacts anda ke dalam peranti Android. Pada kebiasaannya senarai contacts anda akan disimpan di dalam iCloud secara automatik. Untuk memastikan perkara tersebut anda boleh pergi ke Settings > iCloud dan pastikan fungsi muat naik Contacts aktif di dalam iCloud.

Selepas memastikan Contacts dimuat naik ke dalam iCloud, buka pelayar web di komputer anda dan log masuk ke dalam akaun iCloud. Sebaik-baiknya anda menggunakan pelayar selain Google Chrome, ini kerana Google Chrome tidak menyokong eksport fail dari iCloud. Di dalam akaun iCloud anda pada pelayar web komputer, klik Select All dan kemudian Export vCard.

5Simpan fail tersebut ke dalam komputer, kemudian pindahkannya ke dalam smartphone Android anda. Masuk ke dalam Contacts dan tekan Settings > Import / Export > Import from .vcf file. Smartphone anda akan mencari fail Contacts di dalam stor peranti dan mula menyalin semua data. Satu petua untuk anda, muat naik fail contacts yang diambil dari iCloud ke dalam Google Drive anda, dengan ini apabila anda melakukan proses format peranti, fail tersebut sudah siap sedia diambil dari dalam Google Drive.

PhoneSwappr

6Memperkenalkan aplikasi PhoneSwappr yang membolehkan anda menghantar dan menerima fail contacts di antara peranti iOS dan Android. Cara menggunkan aplikasi ini mata mudah. Pertama sekali anda perlu muat turun aplikasi ini pada kedua-dua peranti iOS dan Android anda. Selepas itu, pada peranti iOS pilih Send Contacts To Cloud, apabila proses muat naik selesai anda akan diberikan kod khas, salin kod tersebut.

6aSelepas itu lancarkan aplikasi yang sama pada peranti Android anda, pilih Get Contacts From Cloud dan masukkan kod khas tadi. Tunggu sehingga proses muat turun selesai.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here