Cara Mengakses Menu ‘Permission’ Pada MIUI 7

1825
**********

1. BANNERSeperti yang diketahui oleh pembaca di luar sana, peranti yang dioperasikan dengan Android telah diaktifkan pengurusan ‘Permission’ secara automatik. Tetapi peranti Xiaomi sedikit berbeza kerana aplikasi yang hendak dioperasikan akan meminta anda untuk memberikan kebenaran akses atau ‘Permission’ sebelum ianya boleh digunakan.

Lebih menjengkelkan, anda perlu keluar daripada aplikasi yang hendak dioperasikan dan terpaksa mengakses tetapan peranti untuk memberi akses (Permission) secara manual. Tetapi tahukah anda bagaimana caranya untuk mengaktifkan ‘Permission’ untuk aplikasi tertentu pada MIUI 7?!

Untuk membantu anda, eRing ada menyediakan tip untuk mengakses menu ‘Permission’ pada MIUI 7 peranti anda.

1

Langkah 1

Aplikasi tidak boleh diakses memandangkan MIUI 7 tidak memberi akses ‘Permission’.

2

Langkah 2

Akses aplikasi Security dan klik pada ikon Settings yang terdapat pada bahagian atas paparan skrin.

3

Langkah 3

Tatal paparan skrin ke bawah dan pilih menu Permission.

4

Langkah 4

Aktifkan fungsi tersebut dengan menyentuh ruangan yang tersedia.

5

Langkah 5

Kemudian kembali ke muka utama aplikasi Security dan klik pada menu Permissions. Seterusnya klik pada menu kedua iaitu Permissions.

6

Langkah 6

Anda boleh melihat senarai ‘Permission’ yang perlu diaktifkan.

7

Langkah 7

Aktifkan ‘Permission’ tersebut bergantung kepada aplikasi yang dikehendaki dan ulang langkah ini pada setiap satu daripada senarai yang ada.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here