ZTE AXON 7 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,999 Untuk Pasaran Malaysia

1065

pic 1 ZTE Corporation selaku pengeluar peranti mudah alih global, hari ini telah melancarkan legasi terbaru siri AXON dengan kemunculan AXON 7 untuk pasaran tempatan. Dengan menggabungkan teknologi terbaik serta keunggulan kesenian reka bentuk, AXON 7 telah mempertaruhkan pemproses paling berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 820 dan dioperasikan oleh Android 6.0.1 Marshmallow. Lebih menariknya, ZTE juga telah disahkan akan menerima kemas kini Android 7.0 Nougat pada masa akan datang.

pic 2

ZTE AXON 7 juga turut menawarkan dua buah speaker dengan keupayaan audio sekeliling melalui sentuhan DOLBY ATMOS yang berupaya menghasilkan efek stereo 3D untuk pengalaman multimedia terbaik. Tidak cukup dengan itu, ia juga memiliki paparan skrin berukuran 5.5 inci AMOLED beresolusi 2K (1440 x 2569 piksel) dengan panel skrin 2.5 Corning Gorilla Glass 4. Keupayaan penggambarannya juga tidak mengecewakan dengan sokongan lensa 20 Megapiksel dengan sokongan teknologi OIS (Optical Image Stabilization) dan juga PDAF (Phase Detection Auto Focus).

Sokongan spesifikasi yang hebat ini telah diserikan lagi dengan rekaan kerangka logam elegan yang dihasilkan oleh Designworks dalam menyepadukan input kreatif dengan kepakaran teknikal ZTE dan juga BMW.

ZTE AXON 7 kini sudah boleh diperolehi di Malaysia melalui laman web LAZADA bermula hari ini sehingga 10 September.

Buat masa ini hanya warna Ion Emas sahaja tersedia dan warna Kuarza Kelabu dijangka akan tersedia di pasaran bermula Oktober 2016 nanti. 30 pelanggan pertama yang menempah AXON 7 akan menerima set ZTE VR secara eksklusif yang bernilai RM399.

SPESIFIKASI ZTE AXON 7:

  • Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820, Quad Core 2.15GHz
  • ZTE MiFavor UI 4.0 (Android 6.0.1 Marshmallow)
  • Dual SIM Dual Standby (SIM 1 – 4G+ & SIM 2 – 3G)
  • 151.7 x 75. x 7.9mm / 175g
  • 5.5 inci 2K AMOLED (1440 x 2560 piksel)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass 4
  • UFS 2.0 ROM 64GB / RAM 4GB
  • microSD sehingga 128GB
  • 20 Megapiksel (Aperture f/1.8, OIS, PDAF, LED Flash)
  • 8 Megapiksel (Aperture f/2.2)
  • 3250 mAh (Quick Charge 3.0, USB Type-C)
  • Dual HiFi Chipset (AK4961 + AK4490)

Penampilan Fizikal ZTE AXON 7:

hdr

hdr

hdr

hdr

hdr

hdr

hdr

 

Penampilan Fizikal ZTE VR:

hdr

hdr hdr hdr hdr hdr

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here