Xiaomi Mi Robot Vacuum, Robot Pembersih Hampagas Pertama Dari Xiaomi

645

3Mi Robot Vacuum kini telah dilancarkan secara rasmi dan ia merupakan robot pembersih hampagas pertama yang diperkenalkan oleh Xiaomi. Apa yang menariknya, robot ini dilengkapi dengan sistem radar, laser dan pengesan pelanggaran. Kehadiran bateri berkapasiti 5200mAh pula membolehkan pengguna menggunakan robot pembersih hampagas selama 2.5 jam.

1Mi Robot Vacuum boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home pada peranti Android atau iOS dengan dua mod pembersihan iaitu secara rawak dan juga mengikut saiz bilik. Menerusi aplikasi yang sama, pengguna boleh menetapkan waktu membersih serta memberikan arahan untuk membersih walaupun ketika di luar rumah.

9Menurut Xiaomi, motor elektrik yang digunakan membolehkan peranti ini berfungsi dengan senyap tanpa mengganggu pemilik yang sedang tidur. Jadi tidak menjadi masalah untuk anda membersih rumah pada waktu malam bukan?

10Mi Robot Vacuum akan mula dijual di China pada 9 September 2016 dengan harga jualan RMB 1699 (kira-kira RM 1040).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here