Reviu Eksklusif: Wiko LENNY 3 Peranti Bajet Dari Siri ‘Y’

Wiko-LENNY-3-11HARGA: RM379

Jenama Wiko semakin giat mengeluarkan peranti baru mereka. Terbaru, Wiko kembali dengan model terbarunya dari siri ‘Y’ yang dikenali sebagai LENNY 3. Apa yang istimewanya smartphone dari siri ‘Y’ ini? Ianya menawarkan spesifikasi menarik pada harga mampu milik! Tidak percaya? Lihat sahaja model terbaru dari siri ‘Y’ yang editor reviu kali ini.

SPESIFIKASI

• Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
• CPU: Quad-core 1.3GHz, Cortex-A7
• Kad SIM: Dual SIM / Mini SIM & Micro SIM
• Memori: 16GB ROM, 1GB RAM
• Memori Kad: microSD (Sehingga 64GB)
• Kamera Utama: 8 Megapiksel
Flash/Auto Fokus: LED flash / √
• Kamera Depan: 5 Megapiksel
• Radio FM: √
• Bluetooth: v4.0
• WiFi: √
• Bateri: 2000 mAh
• Warna: Silver / Kelabu

FIZIKAL

Skrin 5.0 Inci

Skrin 5.0 InciWiko LENNY 3 tampil dengan paparan skrin berukuran 5.0 inci dengan teknologi HD IPS LCD, di mana ia menawarkan resolusi 1280×720 piksel dengan kepadatan piksel mencapai 294 ppi yang masih boleh dilihat dengan jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari terik.

Penggambaran

PenggambaranLENNY 3 telah dibekalkan dengan lensa penggambaran beresolusi 8 Megapiksel untuk lensa utama serta 5 Megapiksel bagi kamera untuk penggambaran selfie. Rekaannya yang  menonjol juga agak menarik dan disertakan sekali dengan sebuah LED flash.

Panel Belakang

Panel BelakangPanel belakang smartphone ini kelihatan agak eksklusif kerana diperbuat daripada kerangka logam dengan efek kesat seperti kertas pasir pada bahagian atas dan bawah smartphone. Ia secara tidak langsung mengelakkan peranti ini kelihatan kotor dengan kesan cap jari.

Slot Kad SIM & Bateri

Slot Kad SIM & BateriApabila panel belakang dibuka dengan cara mengumpil, anda boleh melihat dua slot kad SIM serta kad tambahan microSD pada LENNY 3. Namun begitu, anda perlu mencabut bateri berkapasiti 2000mAh terlebih dahulu untuk menggunakan slot dua kad SIM kerana ia tidak menyokong fungsi hot swap.

CIRI-CIRI MENARIK

Android 6.0 Marshmallow

1Istimewanya LENNY 3 ini, ia menyokong Android versi terkini, 6.0 Marshmallow walaupun ditawarkan pada harga mampu milik. Selain menampilkan paparan antaramuka yang lebih menarik dan mesra pengguna, peranti ini turut dibekalkan dengan memori RAM 1GB serta memori dalaman berkapasiti 16GB.

Phone Assist

1Tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, pengurusan peranti terasa lebih mudah dengan adanya sokongan Phone Assist. Aplikasi ini menyokong sehingga tujuh menu pengurusan iaitu Power Saver, Notification Manager, Boot Optimizer, Black List, Default, Updates dan juga Permission Manager. Selain itu, ia juga turut disediakan dengan butang ‘CLEAN ALL’ untuk memastikan kelancaran pengoperasian peranti.

Penggambaran

(Kiri) Paparan Antaramuka Penggambaran; (Tengah) Mod Penggambaran; (Kanan) Mod Profesional
(Kiri) Paparan Antaramuka Penggambaran; (Tengah) Mod Penggambaran; (Kanan) Mod Profesional

Sudah menjadi trend pengeluar smartphone hari ini, di mana penggambaran smartphone kelas pertengahan dilengkapi lensa utama beresolusi 8 Megapiksel dan kelas rendah pula adalah 5 Megapiksel. LENNY 3 hadir dengan beberapa mod pengambaran sama seperti ROBBY yang boleh digunakan antaranya Normal, Professional, Panorama, Face Beauty, HDR, Night serta Spot. Manakala mod untuk penggambaran selfie pula adalah Normal, Face Beauty dan WideSelfie.

HASIL GAMBAR

Outdoor
Outdoor
Makro
Makro

KOMEN EDITOR

Wiko LENNY 3 merupakan salah satu smartphone kelas pertengahan terbaik yang terdapat di pasaran hari ini dengan pemproses Quad Core berkelajuan 1.3GHz. Selain tampil dengan rekaan anggun, smartphone ini turut menawarkan beberapa fungsi menarik untuk pengguna. Di antaranya adalah keupayaan penggambaran 8 Megapiksel dengan pelbagai mod seperti Professional, Panorama, Face Beauty, HDR, Night serta Spot dan kamera depan beresolusi 5 Megapiksel mampu membuat rakaman video HD. Bukan itu sahaja, LENNY 3 juga sebuah smartphone yang menyediakan fungsi penting seperti Phone Assist tanpa perlu memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga. Walaupun menyediakan bateri berkapasiti 2000mAh, LENNY 3 telah dilengkapi dengan teknologi Intelligent Power Saving yang akan mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan.

You might also like