- Iklan -

Honor 8 - All ColorHonor merupakan satu jenama yang masih lagi baru jika dibandingkan dengan jenama besar yang lain di pasaran. Namun begitu, kemunculan jenama ini sememangnya perlu diberi perhatian kerana jelas dapat dilihat bahawa Honor telah melalui satu transformasi yang agak drastik jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain di pasaran.

Salah satu daripada transformasi tersebut adalah dari segi penampilan kerangkanya, di mana pada awal kemunculannya ia tampil dengan rekaan yang diperbuat daripada plastik dan kemudiannya telah diperbaiki dengan penggunaan kerangka logam sepenuhnya. Kini dengan kemunculan terbaru Honor 8, nampaknya ia telah beralih pula kepada kerangka yang diperbuat daripada kaca yang kelihatan sangat premium dan elegan. Malah ia juga turut dilengkapi dengan keupayaan penggambaran dwi kamera yang menjanjikan hasil gambar yang lebih baik.

SPESIFIKASI

PLATFORM
• Android 6.0 Marshmallow
• EMUI 4.1

SLOT KAD
• Dual SIM Dual 4G Standby
• Slot 1 : nanoSIM
• Slot 2 : microSIM / microSD

DIMENSI
• 145.5 x 71.0 x 7.45mm
• 153g

PAPARAN
• 5.2 inci LTPS
• 1080 x 1920 piksel (423 ppi)
• Nisbah skrin-ke-kerangka 72.5%
• Kontras 1500:1
• NTSC 96%

KAMERA UTAMA
• Dual 12 Megapiksel
(Monokrom + Warna)
• Aperture f/2.2
• Saiz piksel 1.4 µm
• Laser Auto Focus
• Dual Tone LED Flash
• Mod Kamera:
Pro, Beauty, Pro video, Beauty video,          Good food, Panorama, HDR, Night shot,     Light painting, Time-lapse, Slow-mo,           Watermark, Audio note, Document scan

KAMERA DEPAN
• 8 Megapiksel
• Aperture f/2.4
• Mod Kamera:
Beauty, Panorama, Video, Beauty video,     Time-lapse, Watermark, Audio note

 

PEMPROSES
• HiSilicon Kirin 950 (64-bit)
• Quad Core 2.3GHz Cortex-A72 +
Quad Core 1.8GHz Cortex-A53 +
i5 co-processor
• 16 nm FinFET Plus
• Mali-T880 MP4 @ 900MHz

MEMORI
• Memori Dalam: 32GB/64GB
• RAM: 4GB
• microSD: sehingga 128GB

SAMBUNGAN
• WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
• Bluetooth 4.2
• USB Type-C 2.0
• NFC
• Inframerah
• 3.5mm Audio Jack
• GPS/AGPS/GLONASS

BATERI
• 3000 mAh Lithium Polymer
• Teknologi Pengecas Pantas (9V/2A)
• Masa Menunggu: sehingga 360 jam
• Masa Berbual 2G: sehingga 28 jam
• Masa Berbual 3G: sehingga 15 jam
• Masa berbual VoLTE: sehingga 11 jam
• Masa penstriman video: sehingga 9 jam
• Masa mendengar muzik: sehingga 24 jam

SENSOR
• Fingerprint Sensor
• Accelerometer
• Ambient Light Sensor
• Proximity Sensor
• Compass
• Gyroscope
• Hall Sensor

MODEL & HARGA

Untuk pengetahuan anda, Honor 8 telah diperkenalkan dalam dua variasi dengan sokongan memori dalaman berbeza iaitu 32GB ataupun 64GB. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tampil dengan sokongan RAM yang sama iaitu 4GB.

Berikut adalah harga jualan bagi kedua-dua model Honor 8 untuk pasaran tempatan:

  • 32GB & RAM 4GB – RM 1,699
  • 64GB & RAM 4GB – RM 1,899

PILIHAN WARNA

Bagi membezakan antara kedua-dua variasi berbeza ini, Honor telah menggunakan warna kerangka berbeza. Apa yang pasti kesemua warna yang ditampilkan oleh Honor 8 sememangnya kelihatan sangat menarik.

32GB
Pearl White, Midnight Black
Pearl White, Midnight Black
64GB
Sapphire Blue, Sunrise Gold
Sapphire Blue, Sunrise Gold

 

REKA BENTUK

A) Dwi Kamera & Pengimbas Cap JariA. Dwi Kamera & Pengimbas Cap JariInfo: Honor 8 telah dilengkapi dengan dua buah lensa kamera beresolusi 12 Megapiksel dengan sokongan lampu LED dua tona dan juga Laser Auto Focus yang menjanjikan masa fokus yang jauh lebih pantas. Di bahagian bawah lensa pula telah disediakan dengan sensor pengimbas cap jari yang akan mengaktifkan paparan skrin sebaik sahaja disentuh walaupun ia berada dalam mod standby.

B) Butang Volume & PowerB. Butang Volume & PowerInfo: Pada sisi kanan, terdapat dua buah butang fizikal berasingan iaitu butang Volume dan juga butang Power yang juga berfungsi sebagai butang Lock. Bagi memudahkan anda untuk membezakan di antara kedua-dua butang yang diperbuat daripada logam ini, Honor telah memberikan sentuhan berbeza pada butang Power dengan kemasan jalur halus.

C) USB Type-CC. USB Type-CInfo: Buat pertama kalinya Honor telah memperkenalkan port USB Type-C pada peranti keluarannya dengan kemunculan Honor 8. Sokongan port jenis ini sememangnya sangat dialu-alukan memandangkan ia telah menjadi trend bagi kebanyakan pengeluar terutamanya pada peranti high-end keluaran mereka.

D) Lensa DepanD. Lensa DepanInfo: Pada bahagian atas paparan skrin, seperti biasa ia telah menempatkan sebuah lubang earpiece, Light sensor dan juga lensa kamera depan beresolusi 8 Megapiksel. Lebih menariknya, di dalam lubang earpiece turut menempatkan sebuah lampu LED yang hadir dengan sokongan warna yang berbeza.

E) Skrin 2.5D

Info: Selain daripada penggunaan warna yang sangat menarik, penampilan panel depannya kelihatan lebih premium dan menyerlah dengan sokongan paparan skrin jenis 2.5D. Bahkan saiz bezel pada sisi skrin juga tampil sangat nipis menjadikan Honor 8 seolah-olah tidak memiliki bezel.

F) Lubang Speaker, Mikrofon & Port AudioF. Lubang Speaker & MikrofonInfo: Bersebelahan dengan port USB boleh ditemui sebuah speaker mono dengan kemasan sebanyak 7 lubang yang ditebuk pada kerangka logam. Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada lubang speaker itu juga sebenarnya turut menempatkan lubang mikrofon pada Honor 8.

Info: Sebagaimana kebanyakan smartphone premium yang terdapat di pasaran, Honor 8 turut menempatkan port 3.5mm audio jack pada bahagian bawah kerangkanya. Dengan ketebalan kerangka hanya 7.45mm, kedudukan port audio ini telah diletakkan pada sudut yang agak baik secara keseluruhannya.

G) Slot KadH. Slot KadInfo: Dengan hanya satu slot, Honor 8 boleh menyokong dua kad SIM pada satu-satu masa dengan fungsi Dual SIM Dual 4G Standby yang mana slot 1 hadir dengan kad jenis nanoSIM dan slot 2 pula tampil dengan kad jenis microSIM. Tetapi sekiranya anda hanya memiliki satu kad SIM, slot 2 jenis hibrid ini juga sebenarnya boleh digunakan sebagai slot kad microSD dengan sokongan sehingga 128GB.

 

CIRI-CIRI MENARIK?!

#1. Smart Key

Tidak dinafikan lagi Honor sememangnya sangat bijak dalam mengoptimumkan penggunaan sensor pengimbas cap jari. Ini jelas dapat dilihat pada sokongan pelbagai fungsi tambahan menggunakan kaedah leretan dan sebagainya untuk mengawal smartphone. Dengan Honor 8, sensor tersebut telah diperbaharui rekaannya apabila ia juga sebenarnya merupakan sebuah butang fizikal yang dikenali sebagai Smart Key. Sebagaimana nama yang digunakannya, butang ini menawarkan cara berbeza untuk mengakses fungsi pintas seperti lampu suluh, rakaman audio serta screenshot ataupun membuka aplikasi.

#2. USB Type-C

Mengikuti trend pengeluar smartphone yang lain, Honor 8 juga telah dilengkapi dengan port USB Type-C. Tidak dinafikan mungkin masih ramai di antara pengguna di luar sana yang agak skeptikal untuk menggunakan port USB terbaru ini, tetapi untuk pengetahuan anda port sebegini menawarkan banyak kelebihan seperti penghantaran data yang lebih pantas, sambungan kabel dari mana-mana arah, proses mengecas lebih cepat, berupaya menyokong paparan 4K dan banyak lagi.

#3. Efek Cahaya pada Panel Belakang

Penggunaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca jenis 2.5D pada Honor 8 ini telah berjaya menyerlahkan penampilan fizikalnya. Apa yang lebih menariknya, panel belakang Honor 8 akan menghasilkan biasan cahaya yang sangat menarik apabila terkena pancaran cahaya kerana panel belakangnya diperbuat daripada 15 lapisan kaca. Berdasarkan kepada pengalaman editor sepanjang menggunakan smartphone ini, hampir semua rakan-rakan yang melihat Honor 8 telah mengakui akan kecantikan rekaannya terutamanya apabila digunakan di dalam pencahayaan yang terang.

#4. Tiada Lagi Bingkai Hitam

Honor 8, Huawei P9
(Kiri) Honor 8, (Kanan) Huawei P9

Tidak dinafikan mungkin ada di antara pengguna di luar sana yang kurang menggemari bingkai hitam yang terdapat di sekeliling paparan skrin pada peranti Huawei mahupun Honor. Kehadiran saiz bingkai hitam yang agak lebar ini sedikit sebanyak kelihatan agak menjengkelkan, terutamanya apabila paparan skrin memaparkan imej latar berwarna cerah. Buat pertama kalinya, Honor 8 telah menjadi model pertama yang hadir dengan paparan skrin yang boleh dikatakan tidak lagi memiliki bingkai hitam di sekelilingnya.

 

ANTARAMUKA EMUI 4.1

Walaupun dioperasikan dengan Android 6.0 Marshmallow, tidak dapat dinafikan lagi bahawa antaramuka EMUI 4.1 sebenarnya tidak begitu banyak berbeza jika dibandingkan dengan antaramuka EMUI 4.0 sebelum ini. Oleh itu editor hanya akan berkongsi dengan anda antara fungsi serta ciri-ciri baru atau menarik yang boleh anda akses pada Honor 8.

< Eye Comfort

Isu bahaya cahaya biru yang dipancarkan oleh paparan skrin smartphone sememangnya sudah lama diperkatakan. Menyedari akan isu tersebut, Honor telah memperkenalkan fungsi penapis cahaya biru tersebut dengan penyediaan mod khas yang dikenali sebagai ‘Eye Comfort’ pada Honor 8. Apabila anda mengaktifkan mod ini, secara automatik paparan skrin akan dipaparkan dalam warna yang kelihatan agak kekuningan.

Cara Pengaktifan:
Settings → Display → Eye Comfort

 

 

2. Color Temperature

< Color Temperature

Setiap individu memiliki citarasa yang berbeza dan ini juga termasuklah suhu warna yang akan dipaparkan oleh skrin. Jadi dengan mudah anda boleh melaras suhu warna yang dirasakan paling sesuai dengan adanya menu ‘Color temperature’. Secara asasnya, terdapat tiga pilihan untuk anda pilih iaitu Default, Warm dan Cold, tetapi anda juga sebenarnya boleh melaras secara manual suhu warna mana yang hendak digunakan dengan menyentuh simbol bulat pada bebola warna yang disediakan.

Cara Pengaktifan:
Settings → Display → Color Temperature

 

3. Menutup-Mengaktifkan 4G

< Menutup/Mengaktifkan 4G

Pastinya ramai di antara anda yang sangat mementingkan aspek sambungan Internet dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Namun begitu, mungkin ada juga pengguna yang tidak begitu gemar menggunakan rangkaian 4G atas sebab mahu menjimatkan penggunaan kuota data Internet atau atas sebab ingin mengelakkan penggunaan tenaga bateri yang banyak. Jadi anda bebas menutup atau mengaktifkan sambungan 4G dengan mudah melalui penyediaan menu khas.

Cara Pengaktifan:
Settings → More… → Enable 4G

 

4. Fingerprint ID

< Fingerprint ID

Selain berfungsi untuk mengakses smartphone menggunakan sensor pengimbas cap jari, ‘Fingerprint ID’ juga turut menawarkan fungsi tambahan lain yang sangat praktikal seperti mengambil gambar, menjawab panggilan, menghentikan jam penggera, memaparkan panel notifikasi dan juga melayari koleksi gambar. Apa yang menariknya, ia boleh dikawal dengan mudah dengan menggunakan kaedah leretan ataupun sentuhan pada sensor tersebut.

Cara Pengaktifan:
Settings → Fingerprint ID

 

 

ZON UJIAN

Paparan Skrin1Kesimpulan: Jika dibandingkan dengan Huawei P9, kualiti paparan skrin Honor 8 tampil lebih baik secara keseluruhannya. Ini jelas dapat dilihat pada tahap keterangan maksimum yang lebih terang dan juga kontras warna yang lebih baik.

Prestasi Benchmark2Kesimpulan: Honor 8 yang telah dioperasikan dengan pemproses HiSilicon Kirin 950 yang menggunakan proses 16 nm FinFET Plus nampaknya tidaklah begitu mengecewakan dari aspek prestasi jika dibandingkan dengan pemproses yang lebih berkuasa seperti Qualcomm Snapdragon 820.

Kepantasan Kamera
3Kesimpulan: Ujian ini telah dijalankan untuk membolehkan anda melihat sendiri masa yang diambil untuk mengambil sekeping gambar dan jelas dapat dilihat bahawa Honor 8 merupakan antara kamera terpantas jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.

Kelantangan Audio4
Kesimpulan:
Dari segi kekuatan audio pula, Honor 8 bukanlah yang terbaik tetapi ia masih mampu menawarkan pengalaman multimedia yang baik untuk anda yang gemar mendengar muzik terutamanya apabila menggunakan earphone.

Bateri
5Kesimpulan: Anda mementingkan aspek ketahanan bateri dan juga masa mengecas yang pantas?! Honor 8 boleh dianggap antara pilihan terbaik kerana ia mampu menawarkan masa penggunaan yang paling lama dan dalam masa yang sama mengambil masa yang singkat untuk dicas penuh.

 

KAMERA DWI LENSA

(Dari Kiri) : Viewfinder Kamera, Modes, Settings
(Dari Kiri) : Viewfinder Kamera, Modes, Settings

HASIL GAMBAR

Good Food
Good Food
Indoor
Indoor
Outdoor
Outdoor

 

KOMEN EDITOR

Kelebihan
Rekaan fizikal dengan kombinasi logam dan kaca yang kelihatan premium dan sangat cantik, terutamanya dengan kerangka berwarna biru.

Sokongan kamera dengan dua buah lensa menjanjikan hasil gambar yang sangat menarik terutamanya gambar dengan efek bokeh (depth of field).

Sensor pengimbas cap jari yang disokong bukan sahaja pantas, tetapi ia juga berfungsi sebagai butang pintar untuk membantu anda mengaktifkan aplikasi atau fungsi tertentu.

√ Sokongan port inframerah

Kelemahan
√ Walaupun dioperasikan dengan Android 6.0 Marshmallow. antaramuka EMUI tampil lebih mirip seperti antaramuka iOS dan ia mungkin tidak begitu digemari oleh sesetengah peminat Android.

√ Panel belakang yang diperbuat daripada kaca bukan sahaja terasa sangat licin tetapi mudah meninggalkan kesan cap jari.

√ Ketahanan bateri berkapasiti 3000 mAh yang agak sederhana dan anda perlu mengecasnya sekurang-kurangnya sekali sehari.

√ Harga jualan Honor 8 boleh dianggap agak mahal jika dibandingkan dengan model keluaran Honor sebelum ini.

 

Untitled-1

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here