Reviu Eksklusif: EXMobile Chat 6 Phablet Pertama EXMobile Dengan Skrin 6.0 Inci!

Chat-6-Black

HARGA: RM359

EXMobile telah mengumumkan ketersediaan model terbaru keluarannya iaitu EXMobile Chat 6 untuk pasaran Malaysia. Berbeza dengan model smartphone keluarannya sebelum ini, Chat 6 merupakan phablet pertama jenama itu yang menyokong paparan skrin besar mencecah 6.0 inci. Tidak dinafikan terdapat pelbagai model baru telah diperkenalkan di pasaran, tetapi tidak banyak pengeluar tampil dengan paparan skrin besar. Jadi bagi memenuhi permintaan pengguna yang inginkan peranti dengan skrin besar untuk memudahkan urusan harian tetapi dalam masa yang sama memiliki bajet yang terhad, EXMobile Chat 6 adalah pilihan yang terbaik!

SPESIFIKASI
  • Sistem Operasi : Android 5.1 Lollipop
  • CPU : MediaTek MT6580, Quad Core 1.3GHz
  • Kad SIM : Dual SIM / micro & nano SIM
  • Kamera Utama : √ (5 Megapiksel)
  • Flash : √ (dual LED flash)
  • Auto Fokus : √
  • Kamera Depan : √ (2 Megapiksel)
  • Radio FM : √
  • Bluetooth : √ (v4.0)
  • WiFi : √
  • NFC : X
  • LTE : X
  • Memori : 16GB ROM, 1GB RAM
  • Warna : Rose Gold, Black & Silver

Pakej Pembelian

Pakej Pembelian

FIZIKAL

Paparan Skrin 6.0 InciPaparan Skrin 6.0 Inci

Kelebihan yang dilimili oleh Chat 6 sberbanding kebanyakan smartphone kelas pertengahan yang terdapat di pasaran sekarang adalah pada ukuran skrin sentuhnya yang mencecah 6.0 inci dengan resolusi HD 1280×720 piksel . Malah penggunaan teknologi skrin jenis IPS LCD juga mampu menghasilkan paparan imej dan warna yang kelihatan lebih terang walaupun ketika berada dibawah matahari.

Sisi Kiri & Kanankiri

Kedua-dua sisi kerangka smartphone ini terasa lebih berkualiti kerana menampilkan sisi yang diperbuat daripada aluminium. Pada bahagian ini juga, anda boleh menemui slot dua kad SIM dan juga kad tambahan microSD pada sisi kanan kerangka, manakala butang Volume dan Power pada sisi kiri kerangka.

Kamera UtamaKamera Utama

Rekaan penggambaran Chat 6 agar berbeza di mana ia menawarkan rekaan segi empat menonjol dengan sentuhan kemasan yang berkilat di sekelilingnya. Selain menyediakan lensa utama 5 Megapiksel lengkap dengan fungsi auto fokus dan juga dual LED flash, ia turut menyokong kamera depan beresolusi 2 Megapiksel.

CIRI-CIRI MENARIK

Malaysia News1

Salah satu aplikasi menarik yang disediakan pada Chat 6 adalah Malaysia News. Selain memaparkan pelbagai berita di dalam dan luar negara, terdapat tiga bahasa yang boleh dipilih iaitu Inggeris, Melayu dan juga Cina. Anda boleh membuat bookmark berita yang ingin dibaca semula dan ia akan terus disimpan di dalam ruangan favorites. Kongsikan berita yang menarik dengan rakan-rakan di laman sosial.

Privasi Lock2

Demi menjaga privasi di dalam smartphone anda, EXMobile telah memyediakan fungsi penting tanpa perlu memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga iaitu Privasi Lock. Anda boleh meletakkan kata laluan ataupun melukis paten pada aplikasi yang diinginkan seperti Media Sosial, Gambar, Mesej, Muzik, Video Player dan juga Kamera.

CM Security3

Jika disebut tentang platform Android, salah satu perkara yang sering merisaukan penggunaannya adalah keselamatan peranti daripada serangan virus dan juga masalah lagging ataupun hang. Oleh itu, EXMobile telah didatangkan dengan aplikasi CM Security yang akan membantu anda mengesan sebarang virus dan dalam masa yang sama memantau smartphone.

Pemain Video4

Memandangkan peranti ini boleh membuat rakaman video HD penuh dalam format 1080p, jadi tidak menjadi masalah untuk anda memainkan semula apa sahaja video berdefinisi yang sama. Lebih menarik lagi, pemain video yang disokong oleh Chat 6 turut disediakan boleh diedit mengikut kemahuan sendiri dengan tiga fungsi utama iaitu Stop, Loop serta Trim.

HASIL GAMBAR

OUTDOOR
OUTDOOR

KOMEN 

Menampilkan rekaan yang klasik, EXMobile Chat 6 sebuah phablet kelas pertengahan yang menawarkan spesifikasi masih berbaloi untuk dimiliki. Dengan harga pasaran serendah RM 359, kelancaran pengoperasian juga tidak mengecewakan kerana ia telah dikuasakan oleh pemproses Quad Core berkelajuan 1.3Ghz serta sistem operasi Android 5.1 Lollipop. Dari aspek memori pula, Chat 6 telah digandingkan dengan RAM berkapasiti 1GB dan juga memori dalaman sebesar 16GB. Walaupun tampil dengan saiz kerangka yang agak besar, Chat 6 hanya disediakan dengan bateri berkapasiti 2800mAh, tetapi hadir dengan fungsi Intelligent Power Saving. EXMobile Chat 6 sudahpun mula dijual untuk pasaran tempatan dalam tiga warna pilihan iaitu Rose Gold, Black dan juga Silver. Setiap pembelian akan turut menerima sarung pelindung dan juga pelindung skrin secara percuma.  

You might also like