iPhone 7 Black Diamond Edisi Mewah Dijual Pada Harga 2 Juta?!

1104
**********

Gresso-iPhone-7-Black-Diamond1Gresso yang sememangnya terkenal dengan pengeluaran smartphone mewah edisi terhad terutamanya dari jenama Apple. Hari ini, Gresso telah memperkenalkan iPhone 7 Black Diamond yang dijual pada harga USD 500,000 (kira-kira RM 2.06 Juta) sebuah bagi model 256GB.

Gresso-iPhone-7-Black earpodPeranti edisi terhad ini hanya dijual sebanyak tiga unit sahaja di seluruh dunia. Istimewanya, kerangka iPhone 7 edisi terhad ini telah digantikan dengan titanium bertahtakan sebanyak 1450 berlian hitam. EarPods yang disertakan turut bertahtakan sebanyak 30 berlian hitam. Akhir sekali, logo Gresso yang diperbuat daripada emas 18 karat diletakkan pada panel belakang.

iPhone 7 & iPhone 7 Plus Edisi Terhad - Mampu MilikSekiranya peranti ini di luar kemampuan anda, Gresso akan menghasilkan edisi lebih mampu milik dengan kerangka titanium dan saduran emas yang dijual pada harga bermula USD 3000 (kira-kira RM 12,366) sehingga USD 5000 (kira-kira RM 20,610) sebuah, dan hanya 999 unit sahaja dijual di seluruh dunia. Kepada yang berminat untuk membeli peranti mewah ini, anda boleh membuat tempahan di laman Gresso.

iPhone 7 & iPhone 7 Plus Edisi Terhad1 - Mampu Milik

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here