Instant Video, Fungsi Panggilan Video Baru Pada Messenger

888

14115633_1028710630581950_377542357068879343_o-1Selain hadir dengan fungsi kamera seakan Snapchat, Facebook turut mengumumkan sebuah lagi fungsi baru yang dikenali sebagai Instant Video. Ia merupakan sebuah fungsi panggilan video yang lebih mudah berbanding sebelum ini. Melalui Instant Video, pengguna boleh berkongsi detik-detik menarik dengan pantas dan kembali berkomunikasi seperti biasa melalui Messenger.

Apabila menggunakan Instant Video, pengguna boleh tap ikon video yang tersedia pada ruangan atas, dan berkongsi video panggilan menggunakan kamera untuk memaparkan persekitaran anda. Facebook tidak mengaktifkan sokongan audio pada Instant Video ini, tetapi anda boleh mengaktifkannya secara manual.Facebook

Sebaik sahaja selesai berkongsi sesuatu detik, pengguna boleh kembali untuk menghantar dan menerima teks, gambar dan sebagainya seperti biasa. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu perkongsian panggilan video yang menarik dan video yang dipaparkan pula hadir dalam bentuk sebuah tetingkap kecil pada Messenger sedia ada.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Messenger di iOS dan Android ke versi terbaru, dan menikmati fungsi Instant Video ini.