Dua Model Honor 8 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,699 dan RM1,899

1905
- Iklan -

pic 1Sebelum ia mula didedahkan kepada umum lagi, Honor 8 telah mendapat perhatian dengan penampilan rekaan fizikalnya yang kelihatan sangat cantik dan premium yang menampilkan kombinasi kerangka logam dan juga kaca.

Selepas hampir 2 bulan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China dan kurang sebulan selepas perasmiannya untuk pasaran Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan juga Timur Tengah, nampaknya Malaysia telah menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menerima pelancaran model terbaru keluaran Honor ini.

Honor 8 dengan rekaan yang memukau ini dijual pada harga bermula RM1,699 untuk pasaran tempatan.
Honor 8 dengan rekaan yang memukau ini dijual pada harga bermula RM1,699 untuk pasaran tempatan.

Di dalam majlis pelancaran itu, Honor Malaysia telah memperkenalkan dua model Honor 8 yang hadir dengan dua sokongan memori dalaman berbeza iaitu 32GB dan juga 64GB yang mana masing-masing dijual pada harga RM1,699 dan juga RM1,899.

Berbeza dengan model Honor sebelum ini, Honor 8 tidak lagi dijual secara pra-tempah tetapi boleh terus dibeli bermula 8 September ini secara online di Vmall Malaysia serta Lazada Malaysia, atau terus melalui penjual rasmi Honor iaitu DirectD atau cawangan SenHeng terpilih di seluruh Malaysia.

Honor 8 model 32GB/RAM 4GB boleh dimiliki dalam dua warna pilihan iaitu Pearl White dan Midnight Black, manakala model 64GB/RAM 4GB pula tersedia dalam warna Sapphire Blue dan Sunrise Gold.

dalam empat warna pilihan menarik iaitu Sapphire Blue, Midnight Black, Pearl White dan juga Sunrise Gold.
Tersedia dalam empat warna pilihan menarik iaitu Sapphire Blue, Midnight Black, Pearl White dan juga Sunrise Gold.

HONOR 5A TURUT DIPERKENALKAN

Di dalam majlis pelancaran itu juga, Honor Malaysia juga turut mengambil kesempatan dengan memperkenalkan kemunculan satu lagi model mampu milik terbaru keluarannya iaitu Honor 5A untuk pasaran tempatan.

pic 4
Harga rasmi Honor 5A

Ia telah dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 620 Octa Core 1.2GHz, memori dalaman 16GB, RAM 2GB, slot kad microSD sehingga 128GB, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, bateri berkapasiti 3100 mAh, paparan skrin 5.5 inci 720p, dan juga kamera beresolusi 13 Megapiksel.

Honor 5A dalam warna Hitam dan Putih akan dijual pada harga RM599, manakala untuk warna Emas pula dijual pada harga RM629.

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here