ASUS Melancarkan VivoStick, PC Bersaiz Poket?!

940

7ASUS baru-baru ini telah melancarkan PC bersaiz poket yang dikuasakan pemproses Intel Atom yang mampu menukar mana-mana monitor/TV dengan sambungan HDMI untuk menjadi sebuah komputer berkuasa penuh.

design_picVivoStick yang dipacu Intel Atom dibantu oleh RAM berkapasiti 2GB dan ROM 32GB. Ia mampu memberikan prestasi yang lancar bagi menjalankan proses asas sebuah komputer.

Anda cuma perlu menyambungkan VivoStick pada mana-mana monitor atau TV dengan sokongan HDMI, selepas itu lihat monitor/TV tersebut beroperasi sebagai sebuah komputer, tanpa perlu sebuah desktop bersaiz besar.6

Walaupun bersaiz kompak, VivoStick masih mampu menyokong sambungan WiFi, Bluetooth 4.1, USB 2.0, HDMI, audio dan juga dilengkapi kipas terbina dalam untuk proses penyejukan. VivoStick sememangnya sesuai digunakan di mana sahaja, tidak kira di rumah mahupun pejabat. Ibarat anda membawa ke mana sahaja komputer peribadi, tetapi tanpa berat yang melampau.

ASUS menawarkan VivoStick pada harga RM 699 dan memberikan jaminan selama satu tahun kepada setiap unit pembelian.

Spesifikasi

Pemproses Intel® Atom™ x5-Z8350 processor (Quad-core, 2M cache, up to 1.92GHz)
Sistem operasi Windows 10 (64-bit)
Memori RAM 2GB

eMMC 32GB

Sambungan tanpa wayar 802.11 a/b/g/n/ac,

Bluetooth® 4.1

Sambungan 1 x HDMI

1 x USB3.0

1 x USB2.0

1 x Micro USB (power)

1 x Audio jack (mic in/ headphone out combo)

Fungsi tambahan VivoRemote

ASUS HyStream

ASUS Media Streamer

ASUS Business Manager

ASUS Remote Management Tool

VivoStick Holder (bergantung kepada bekalan)

Bekalan kuasa 9V, 2A, 18W Adapter
Saiz 135 x 36 x 16.5mm
Berat 75g