11Street Membuka Pra-Tempahan iPhone 7 & iPhone 7 Plus Di Malaysia

1162
**********

Pra-Tempahan iPhone 7 & 7 PlusPeranti pintar terbaru daripada Apple, iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas. Namun seperti biasa, Malaysia tiada dalam senarai jualan golombang pertama atau kedua, tetapi usah risau kerana terdapat alternatif lain bagi anda yang ingin menjadi pemilik iPhone 7 terawal di Malaysia.

Selain Lazada, 11street juga mula membuka pra-tempahan untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Orang ramai boleh membuat tempahan dan penghantaran akan dibuat bermula 21 September 2016.

Pra-Tempahan iPhone 7 PlusTiga variasi ditawarkan bermula dengan memori berkapasiti 32GB, 128GB dan juga 256GB. Harga iPhone 7 bermula RM 3,259 sehingga RM 3,750, manakala iPhone 7 Plus pula berharga RM 4,979 sehingga RM 6,479. Seperti biasa, ini adalah harga untuk jualan set import, dan harga jualan tempatan dijangka akan lebih murah berbanding dengannya.

Jangan berlengah lagi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here