Xiaomi Mengumumkan Headset Mi VR Play

603

Mi VR PlayPeminat jenama Xiaomi pastinya tahu bahawa syarikat teknologi berpusat di China itu mempunyai pelbagai jenis perkakasan, baik dari peranti mobil, gajet kereta sehinggalah ke barangan elektrik rumah. Kini mereka hadir lagi dengan satu produk baru di bawah segmen gajet mobil apabila mengumumkan Mi VR Play, headset yang membolehkan anda menonton media berbentuk Virtual Reality.

Mi VR Play_05Mi VR Play menyokong smartphone dengan paparan 4.7 inci sehingga 5.7 inci, mempunyai lensa antireflective dan opticalgrade. Di samping itu, Xiaomi dikhabarkan akan membangunkan aplikasi VR mereka sendiri bagi memberikan pengguna pengalaman VR yang lebih lancar dan baik. Berkemungkinan besar anda juga dapat memilih corak cetakan yang akan dikenakan pada unit VR yang anda beli. Namun masih tiada lagi berita rasmi dari Xiaomi berkenaan harga dan tarikh peranti ini akan dijual.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here