Samsung Gear IconX, Bersenam Kini Lebih Bebas

582
**********

gear-icon-x_fitness1Seiring dengan pelancaran Gear Fit2, Samsung tidak ketinggalan melancarkan sebuah lagi peranti untuk merekod kecergasan yang di panggil Gear IconX. Ia merupakan salah sebuah earphone telinga tanpa wayar yang turut memfokuskan kepada fungsi kecergasan.

1Pengguna hanya perlu memakaikan peranti ini di telinga, dan ia secara automatik akan memantaukan aktiviti yang dilakukan seperti berlari, denyutan nadi serta kalori yang telah dibakar. Samsung Gear IconX turut menyokong panduan suara, membolehkan anda mendengar arahan ketika melakukan aktiviti kecergasan.2

6Menawarkan memori dalaman berkapasiti 4GB dengan 512MB RAM, ia boleh memainkan muzik kegemaran sehingga 1000 buah lagu. Kini Samsung Gear IconX telah hadir ke pasaran tempatan dengan tawaran harga bernilai RM 699, anda boleh memilih warna kegemaran di antara biru, kelabu atau putih sebagai aksesori tambahan pada smartphone anda.

11
Anda boleh mengakses Gear IconX hanya dengan sentuhan, agak mudah bukan?!

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here