Muat Turun Aplikasi Dari App Store Luar Negara

676
**********

Intro

Tahukah anda bahawa Apple menyediakan stor aplikasi khas buat setiap negara, ini bermakna tidak semua aplikasi anda boleh akses kerana sesetengah darinya hanya dikhaskan buat negara tertentu. Contohnya, baru-baru ini Google melancarkan aplikasi papan kekunci khas untuk sistem iOS yang dikenali sebagai Gboard, ia menampilkan pelbagai fungsi yang menarik seperti carian Internet terus dari papan kekunci dan sokongan copy & share fail GIF, namun aplikasi ini hanya boleh diakses dari App Store US sahaja. Berita baiknya adalah kami sudah menggunakannya, sini kami kongsikan cara mendapatkannya, selepas ini anda bolehlah muat turun apa sahaja aplikasi yang dimahukan.

12

1) Lancarkan aplikasi App Store dan pergi ke bahagian Featured. Pada bahagian tersebut tap akaun anda dan Sign Out dari akaun yang sedang aktif.

2) Kemudian lancarkan aplikasi Safari, taip dan cari aplikasi Gboard dan tap pautan kepada aplikasi tersebut. Selepas itu anda akan dibawa masuk ke dalam App Store US, dan tap Get pada aplikasi untuk meneruskan proses.

 

343) Sebaik sahaja anda menekan butang Get, anda akan dibawa ke satu paparan yang meminta anda log masuk akaun Apple ID, ketika ini anda harus memilih Create New Apple ID.

4) Pilih United States sebagai negara pendaftaran, langkah ini amat penting bagi membolehkan anda mengakses aplikasi khusus negara tersebut.

 

 

55) Tap Agree dan isi butiran yang diperlukan. Anda harus menggunakan alamat email yang belum lagi digunakan untuk mana-mana Apple ID, sekiranya perlu, sila cipta akaun email baru.

 

 

 

 

676) Bagi bahagian informasi pembayaran / billing information, pastikan anda memilih pilihan None. Bagi bahagian alamat anda boleh menggunakan mana-mana alamat di United States, editor melakukan carian alamat hotel di US dan menggunakan alamat tersebut.

7) Sekarang anda perlu melakukan proses verifikasi dengan membuka link yang dihantar ke akaun email yang anda gunakan ketika proses pendaftaran.

 

89

8) Selepas itu log masuk akaun yang baru didaftarkan melalui aplikasi App Store dan dapatkan aplikasi yang anda mahukan.

9) Aplikasi sudah berjaya dimuat turun dan seperti yang anda dapat lihat, editor sudah dapat menggunakan papan kekunci Gboard yang dikhususkan untuk App Store US sahaja.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here