iPhone 6 Meletup, Penunggang Basikal Melecur

474
**********

Gareth-ClearGareth Clear, 36, seorang perunding dari Sydney telah mengalami kecederaan parah selepas iPhone 6 miliknya meletup Ahad lalu. Dia memberitahu kejadian malang itu berlaku ketika bersendirian menunggang basikal di sekitar empangan Manly, Australia. Kaki kirinya secara tiba-tiba terlepas daripada pedal basikal hingga menyebabkan dia terjatuh dari laluan berkenaan. Dia yang cuba bangun mendapati terdapat asap keluar dari poket belakang, kemudian berasa pedih yang amat sangat.

2Clear cuba untuk mengeluarkan iPhone terbabit namun mengalami kesukaran kerana peranti tersebut sudah melekat pada kulit dan kain, sebahagian kain mula cair akibat kepanasan iPhone terbabit. Setelah menumbuk dan menekan beberapa kali untuk mencabut iPhone berkenaan, akhirnya berjaya. Akibat daripada kemalangan itu, kulit di bawah peha kanan Clear melecur tahap tiga dan terpaksa menjalani pembedahan cantuman kulit dan kini sedang dirawat di Hospital Royal North Shore Sydney.

4Menurutnya, iPhone 6 itu dibeli daripada Apple Store dan tidak mengalami apa-apa perubahan atau pengubahsuaian. Berita ini agak mengejutkan dan sebenarnya boleh terjadi pada mana-mana peranti. Jadi pengguna harus berhati-hati dan bijak untuk menyimpan smartphone pada kedudukan yang selamat.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here