DuraForce Pro, Smartphone + Kamera Aksi Dari Kyocera

423
**********

2Penggemar aktiviti rekreasi dan lasak pastinya mempunyai peranti kamera aksi yang sering sahaja dibawa ke mana-mana. Masalahnya adalah ia sekaligus telah menambah jumlah peranti yang dibawa ketika melakukan aktiviti selain smartphone yang sememangnya peranti wajib dibawa ke mana sahaja.

Kini ada sebuah smartphone yang dapat menyelesaikan masalah tersebut, ia dihasilkan Kyocera. DuraForce Pro adalah sebuah smartphone tahan lasak yang juga mempunyai kebolehan berfungsi sebagai sebuah kamera aksi.

Ia mempunyai sistem dwi kamera pada bahagian belakang, lensa 13 megapiksel bertindak sebagai kamera normal, manakala lensa 5 megapiksel adalah kamera aksi yang menyokong Super Wide View FHD. Selain itu smartphone ini juga dikelaskan dalam kategori IP68 (dustproof & waterproof).

Rekaan yang rugged mempamerkan kebolehan peranti ini berfungsi dalam apa jua keadaan yang mencabar. Jadi bagi peminat aktiviti lasak bolehlah melihat dengan lebih lanjut peranti ini

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here