Digi Lancarkan Dua Prepaid Baru, Digi Prepaid Live & Digi Prepaid Best

25175
**********

Bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC), Digi telah menjemput para media untuk sama-sama memeriahkan pelancaran dua kad SIM prabayar terbarunya, iaitu Prepaid Live dan juga Prepaid Best.

Digi Prepaid Live menawarkan data percuma sebanyak 8GB sebagai tambahan kepada data yang dilanggan pada setiap bulan. Pada masa yang sama, penawaran data tambahan ini hanya terhad untuk digunakan pada rangkaian 4G LTE, dan ditawarkan secara berperingkat. Digi menghadkan data percuma 1GB untuk streaming video dan 1GB untuk streaming muzik pada setiap minggu. Ini bermakna, pengguna akan menerima 8GB data percuma setiap bulan, di mana untuk 4GB streaming video dan 4GB lagi untuk streaming muzik.

live 01Data percuma untuk muzik termasuk pelbagai perkhidmatan Digi Music Freedom, termasuk Spotify, Deezer, JOOX dan beberapa lagi. Manakala untuk video pula, Digi meliputi perkhidmatan YouTube, iFlix, Astro On-The-Go, Tonton, Viu, Dailymotion dan juga HyppTV Everywhere.

Manakala untuk Digi Prepaid Best pula, ia menawarkan data Internet sebanyak 200MB setiap hari apabila anda menggunakan sekurang-kurangnya RM1 sehari untuk membuat panggilan ke luar negara yang mewakili negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Mymanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan juga China. Anda hanya perlu dial *888# untuk menebus ganjaran yang diberikan.

best 12Bukan itu sahaja, pemngguna juga boleh membuat panggilan dan SMS ke 20 ‘Kawan’ dengan kadar yang murah. Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua kad SIM prabayar terbaru dari Digi ini, boleh melayari laman web Digi Prepaid Plan.

Photo 1_meitu_1
Dari kiri: Chew Theam Siew (Ketua Prabayar Digi) Siew Chee Kong (Ketua Pengurusan Wilayah Digi), Loh Keh Jiat (Ketua Pegawai Pemasaran Digi) & Ting Shiew Han (Ketua Produk Pengguna dan Perniagaan) memperkenalkan dua kad SIM prabayar terbaru mereka, Digi Prepaid Live & Digi Prepaid Best.

 

4 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here