ASUS ZENVOLUTION MALAYSIA : SIRI ASUS ZENFONE 3 DIPERKENALKAN

847
**********

ASUS Lancar 5 Model Baharu Dari Siri ZenFone 3

sdr

Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, ASUS Malaysia akhirnya telah melancarkan siri ZenFone 3 terbarunya di dalam majlis pelancaran rasmi Zenvolution Malaysia. Apa yang menariknya, majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh peminat ZenFone ini telah menyaksikan pelancaran sebanyak 5 model baharu dari siri ZenFone 3 iaitu ZenFone 3 Deluxe, ZenFone 3, ZenFone 3 Ultra, ZenFone 3 Laser dan juga ZenFone 3 Max.

Majlis pelancaran ASUS Zenvolution di Malaysia bukan sahaja memperlihatkan siri ZenFone 3 baharu, tetapi juga ZenBook 3, Transformer 3 serta Transformer 3 Pro.
Majlis pelancaran ASUS Zenvolution di Malaysia bukan sahaja memperlihatkan siri ZenFone 3 baharu, tetapi juga ZenBook 3, Transformer 3 serta Transformer 3 Pro.

Berbeza dengan generasi ZenFone sebelum ini, nampaknya ASUS telah mengambil pendekatan berbeza apabila kesemua siri ZenFone 3 yang diperkenalkan tidak lagi dikuasakan dengan pemproses Intel Atom, tetapi sebaliknya tampil dengan pemproses daripada Qualcomm dan juga MediaTek. Penggunaan pemproses popular ini bukan sahaja mampu menarik perhatian pengguna, malah ia juga sudah tentunya mampu mengatasi isu ketahanan bateri yang menjadi kelemahan siri ZenFone sebelum ini.

Antara ciri-ciri menarik yang disokong oleh siri ZenFone 3.

Bersempena dengan pelancaran siri terbaru ZenFone 3, Eric Chen selaku Naib Presiden ASUS Corporate juga turut berkongsi beberapa ciri-ciri menarik yang disokong oleh peranti terbaru keluarannya. Antara ciri-ciri baharu menarik yang terdapat pada siri ZenFone 3 adalah sokongan antaramuka terbaru ASUS ZenUI 3.0, ASUS PixelMaster 3.0, ASUS VisualMaster 3.0, ASUS SonicMaster 3.0 dengan teknologi speaker 5 magnet, paparan skrin 2.5D Corning Gorilla Glass, pengimbas cap jari pelbagai guna yang pantas, kerangka logam dengan rekaan garisan antena tersembunyi dan juga slot Dual SIM Dual 4G Standby.

ASUS ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL)

sdr

  • RM 3,299 (256GB UFS 2.0 ROM / 6GB RAM)
  • RM 2,599 (64GB UFS 2.0 ROM / 6GB RAM)

ASUS ZenFone 3 Ultra

cof

  • RM 2,599 (ZU680KL)

ASUS ZenFone 3

  • RM 1,699 (ZE552KL)
  • RM 1,499 (ZE520KL)

ASUS ZenFone 3 Laser

  • RM 999 (ZC551KL)

ASUS ZenFone 3 Max

  • RM 799 (ZC520TL)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here