ASUS ZENVOLUTION MALAYSIA : PERBEZAAN SIRI ASUS ZENFONE 3

982
**********

Perbandingan Spesifikasi 5 Model Terbaru Dari Siri ASUS ZenFone 3

Tidak dinafikan ASUS sering mengambil pendekatan yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pengeluar telefon pintar yang lain apabila ia sering memperkenalkan beberapa model berbeza dari satu siri yang sama. Sebagaimana siri ZenFone sebelum ini, ZenFone 3 telah diperkenalkan dalam beberapa model atau variasi berbeza yang sedikit sebanyak boleh mengelirukan pengguna.

Di dalam majlis pelancaran ASUS Zenvolution yang berlangsung baru-baru ini, jelas dapat dilihat bahawa sebanyak lima model berbeza siri ZenFone 3 telah diumumkan iaitu ZenFone 3 Deluxe, ZenFone 3 Ultra, ZenFone 3, ZenFone 3 Laser dan juga ZenFone 3 Max. Malah daripada lima model tersebut, model ZenFone 3 Deluxe dan juga ZenFone 3 telah diperkenalkan dalam dua variasi berbeza. Oleh itu, eRing akan berkongsi info perbandingan spesifikasi antara kesemua siri ZenFone 3 untuk rujukan anda.

table 1Ciri-Ciri Menarik Siri ASUS ZenFone 3:

ASUS ZenFone 3 Deluxepic 1 zenfone deluxe

  • Telefon pintar pertama di dunia dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 821.
  • Telefon pintar logam pertama di dunia tampil dengan rekaan antena tersembunyi.
  • Skrin sentuh 5.7 inci dengan paparan Super AMOLED dengan teknologi ASUS Tru2Life.
  • Sokongan storan jenis UFS 2.0 serta RAM LPPDR4 yang menjanjikan kepantasan.

 

ASUS ZenFone 3 Ultra pic 2 - ZenFone 3 Ultra

  • Skrin 6.8 inci dengan teknologi ASUS Tru2Life+ serta pemproses imej berkualiti 4K.
  • Speaker stereo dengan teknologi audio DTS Headphone:X yang pertama di dunia.
  • Telefon pintar pertama di dunia menawarkan efek bunyi keliling 7.1-channel.
  • Bateri berkapasiti 4600mAh dengan teknologi pengecas pantas Quick Charge 3.0.

 

ASUS ZenFone 3pic 3 - ZenFone 3

  • Telefon pintar pertama di dunia dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 625.
  • Pemproses jenis 14 nm FinFET menjanjikan 35% penjimatan tenaga bateri.
  • Sokong panel depan dan belakang jenis 2.5D Corning Gorilla Glass 3.
  • Paparan Super IPS+ menjanjikan keterangan skrin yang lebih baik mencecah 600nits.

 

ASUS ZenFone 3 Laser pic 4 ZenFone Laser

  • Penyediaan lensa Sony IMX214 dengan sokongan fungsi Color Correction (RGB).
  • Masa fokus yang sangat pantas iaitu 0.03 saat dengan sokongan fokus jenis Laser.
  • Sokongan Electronic Image Stabilization (EIS) memastikan rakaman video yang tidak kabur.
  • Paparan skrin jenis 2.5D Corning Gorilla Glass 3.

 

ASUS ZenFone 3 Maxpic 5.ZenFone Max

  • Sokong kapasiti bateri yang sangat besar iaitu sebesar 4130mAh dengan 30 hari masa menunggu.
  • Teknologi reverse charging yang berfungsi sebagai PowerBank untuk mengecas peranti lain.
  • Kerangka setebal 8.55mm yang masih boleh dianggap nipis jika aspek kapasiti bateri diambil kira.
  • Masa penggunaan yang sangat baik iaitu 20 jam masa berbual 3G, 18 jam masa melayari Internet, 87 jam masa memainkan muzik dan 15 jam masa memainkan video.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here