Trik Membersihkan Ruang Simpanan iPhone Tanpa Perlu Membuang Aplikasi

987
- Iklan -

1.1Masalah ruang simpanan merupakan perkara biasa yang dihadapi pengguna iPhone, ini kerana peranti tersebut mempunyai ruang simpanan terhad dan hadir tanpa sokongan MicroSD untuk anda menambah kapasiti. Pada kebiasaannya apabila iPhone mempamerkan mesej peringatan bahawa kapasiti memorinya hampir penuh, kebanyakan pengguna memilih untuk memadam aplikasi, lagu dan juga gambar bagi membersihkan sedikit ruang simpanan. Namun kali ini editor akan kongsikan satu teknik yang membolehkan anda membersihkan sedikit kapasiti stor dalaman iPhone tanpa perlu membuang mana-mana aplikasi atau fail.

Langkah-Langkah

  1. Tip ini amat efektif sekiranya iPhone anda mempunyai baki stor data kurang dari 1 GB. Apa yang anda perlu lakukan adalah masuk ke bahagian Setting > General > Storage & iCloud Usage dan lihat jumlah baki stor anda. Pada contoh ini kita bermula dengan 563 MB.2.1 logo
  1. Buka aplikasi iTunes Store dan pilih mana-mana filem yang anda mahu, lebih besar fail filem tersebut adalah lebih baik kerana untuk helah ini berfungsi, saiz fail yang mahu di muat turun mestilah lebih besar dari baki stor dalaman iPhone. Satu lagi perkara, anda tidak perlu risau sekiranya anda memilih filem yang berbayar, ini kerana kita tidak akan memasuki fasa pembayaran, jadi akaun anda tidak akan dicas.2.2 logo
  1. Pada langkah ini anda hendaklah memilih fungsi sewaan filem, kemudian satu mesej akan terpapar memberitahu bahawa peranti anda tidak mempunyai ruang yang cukup untuk muat turun filem tersebut. Pilih Setting dan masuk semula ke General > Storage & iCloud Usage dan lihat jumlah baki stor yang anda miliki sekarang. Pada contoh ini, baki stor bertambah dari 563 MB menjadi 952 MB.2.31 logo
  1. Tetapi cukupkah 952 MB? Jangan risau kerana proses di atas boleh diulang berkali-kali sehingga anda mendapat baki stor yang jauh lebih besar. Contohnya, iPhone yang digunakan di dalam eksperimen ini berjaya mendapatkan sehingga 1.6 GB baki stor. Apa yang penting adalah pastikan filem yang anda cuba sewa melebihi baki stor yang tinggal. Lord Of The Rings : The Two Towers adalah fail filem yang editor sarankan untuk proses ini kerana saiznya mencapai 6 GB.2.5 logo
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here