Shhhh, Ini Cara Sembunyikan Aplikasi Di Dalam iPhone Anda

1694

2_meitu_1Pasti ramai dari anda berasa tidak selesa sekiranya rakan-rakan kerap meminjam smartphone anda, bagi pemilik peranti Android mereka mungkin tidak menghadapi masalah yang besar kerana terdapat banyak aplikasi pihak ketiga yang membolehkan mereka menyembunyikan atau mengunci terus sesetengah aplikasi. Bagaimana pula jika anda seorang pemilik iPhone dan ingin menyembunyikan aplikasi dari mudah diakses rakan-rakan. ERING ada caranya :-

Tutorial pertama khas buat iPhone yang beroperasi menggunakan siri sistem operasi iOS 9.2, ia tidak akan menjadi sekiranya dilakukan pada versi iOS lain.

  1. Kenal pasti aplikasi yang ingin disembunyikan, contoh yang editor gunakan adalah aplikasi Mega. Tap dan hold aplikasi Mega untuk mengaktifkan edit mode.1
  1. Ketika masih lagi menyentuh ikon aplikasi Mega, drag / heret ikon tersebut ke mana-mana folder dan jangan lepaskan ikon tersebut. Kemudian drag ke bahagian sisi folder untuk mengaktifkan halaman folder ke 2. Anda boleh mengenal pasti halaman kedua melalui indikasi pada bahagian bawah folder. Lepaskan ikon pada halaman ke 2.2
  1. Drag semula ikon ke sisi folder untuk mengaktifkan halaman ke 3. Pada halaman ini jangan lepaskan ikon, ketika masih memegang ikon tekan butang home untuk menyembunyikan aplikasi.3
  1. Kini ikon tersebut sudah tiada pada halaman muka iPhone anda. Walaupun begitu anda masih boleh melancarkan aplikasi melalui menu search atau restart semula iPhone untuk mengembalikannya kepada keadaan asal.4

Tutorial kedua pula khas buat versi iOS 9.3.

  1. Pastikan halaman muka pertama iPhone anda penuh dengan ikon, termasuk pada bahagian dok. Letak aplikasi yang ingin anda sembunyikan pada halaman ke 2, contoh aplikasi yang editor gunakan kali ini adalah Motion Stills.1
  1. Tap dan hold ikon aplikasi sehingga edit mode Kemudian drag ikon ke halaman pertama dan hold ikon tersebut di atas mana-mana ikon.2
  1. Apabila anda hold ikon tersebut di atas ikon lain, fungsi folder akan diaktifkan. Pastikan anda masih memegang ikon ketika folder diaktifkan dan drag keluar ikon dari kawasan kelabu untuk menyah aktif fungsi folder.3
  1. Drag ikon tersebut ke bahagian dok dan lepaskan ia. Aplikasi secara automatik akan hilang dari halaman muka iPhone. Anda boleh akses semula aplikasi melalui fungsi search atau restart semula iPhone untuk mengembalikannya kepada keadaan asal.4

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here