Samsung Membawakan Set Hiburan Terbaik

541
**********
Jason Foo, Ketua Unit Perniagaan AV, Samsung Malaysia Electronics di pameran Samsung SUHD TV di 2016 KL International AV Show.
Jason Foo, Ketua Unit Perniagaan AV, Samsung Malaysia Electronics di pameran Samsung SUHD TV di 2016 KL International AV Show.

Samsung Malaysia Electronics membawakan produk terbaik mereka ke acara Kuala Lumpur International AV Show. Sejak diperkenalkan pada acara Samsung SEA Forum 2016 pada bulan Februari lalu, SUHD TV yang mampu memaparkan gambar berkualiti tinggi selain mempunyai reka bentuk anggun telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa. Teknologi Quantum dot display adalah yang pertama dalam industri untuk menawarkan kecerahan yang menakjubkan, kontras yang luar biasa dan warna jitu.

Ultra HD Blu-ray UBD-K8500
Ultra HD Blu-ray UBD-K8500

Samsung juga membawakan pemain Ultra HD Blu-ray mereka yang pertama, UBD-K8500, yang menawarkan empat kali resolusi dan kualiti warna yang lebih tinggi daripada pemain Blu-ray lain. Apabila dipasangkan bersama TV SUHD, anda bakal menyaksikan paparan imej yang sangat tajam, penuh butiran dan berkualiti tinggi yang belum anda saksikan sebelum ini.

SUHD TV UN65KS9500F
SUHD TV UN65KS9500F

Turut menyertai barisan produk pada acara tersebut adalah HW-K950 Soundbar, produk soundbar pertama dari Samsung yang dilengkapi Dolby Atmos. Soundbar ini juga mempunyai dua speaker tanpa wayar yang mampu menghasilkan bunyi berkualiti tinggi. Keseluruhan set produk in mampu memberikan 5.1.4 channel sound, sekaligus memberikan kualiti bunyi sinematik ketika anda menonton TV.

Soundbar HW-K950
Soundbar HW-K950

Anda boleh mendapatkan HW-K950 Soundbar di cawangan terpilih : –

Cawangan Terpilih

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here