Pindah Chat WhatsApp Dari iOS ke Android

7748
**********

1.2 WhatsApp iOSProses memindah data ketika menukar ke peranti baru menggunakan sistem operasi yang sama adalah sangat mudah, ini kerana format fail dan servis storan yang digunakan adalah selari, hanya dengan menyambungkan kabel ke komputer anda, sambungan Bluetooth dan backup dari servis cloud membolehkan anda mendapatkan semua data dari telefon lama.

Bagaimana pula sekiranya anda menukar dari iPhone ke Android? Salah satu isu yang kerap ERING baca di forum adalah masalah untuk memindahkan chat aplikasi WhatsApp dari sistem iOS ke Android.  Kali ini ERING kongsikan cara-cara untuk memindahkan semua chat, termasuk gambar dan video dari aplikasi WhatsApp iOS ke WhatsApp Android.

Pada komputer dan iPhone anda 

  1. Sambungkan iPhone anda ke komputer dan lancarkan aplikasi iTunes. Kemudian, backup iPhone anda ke dalam komputer dan pastikan fungsi Encrypt iPhone Backup tidak aktif.2
  2. Muat turun aplikasi iBackup Viewer pada komputer anda.b
  3. Lancarkan iBackup Viewer dan anda dapat melihat mesej bahawa terdapat backup data iPhone yang telah dikesan.
    c
  4. Turunkan menu Backup, kemudian klik Raw Data untuk mengakses fail. Pada bar carian di sebelah kanan atas, taip kata kunci “chat” dan klik sqlite. Klik pada butang Action dan klik Save Selected Files. Editor menasihatkan anda mencipta folder khas pada paparan desktop dan simpan fail tersebut di situ.d edit
  5. Sekarang kita pergi pula kepada proses untuk mendapatkan fail media WhatsApp. Sekiranya anda tidak melakukan langkah ini, gambar dan video WhatsApp tidak akan dipindahkan ke peranti Android. Pada menu Raw Data, cari domain whatsapp.WhatsApp. Setelah domain tersebut berjaya dikesan, klik Action dan Save Selected Domain, simpan domain tadi di dalam folder yang sama pada langkah 4.f
  6. Pergi kepada folder khas yang menempatkan fail sqlite dan net.whatsapp.WhatsApp yang telah disimpan tadi. Masuk ke dalam folder net.whatsapp.WhatsApp > Library dan dapatkan folder Media. Salin/copy folder Media tersebut dan letakkannya bersama-sama fail ChatStorage.sqlite, anda boleh buang folder net.whatsapp.WhatsApp.g

 

Pada smartphone Android anda. Pastikan peranti anda sudah mempunyai aplikasi

1

  1. Pindahkan fail sqlite dan net.whatsapp.WhatsApp dari komputer ke stor dalaman peranti Android.2
  1. Lancarkan aplikasi WhatsApp, namun pastikan sehingga ke paparan skrin yang ditunjukkan sahaja. Kemudian  keluar dari aplikasi. Begitu juga dengan aplikasi WazzapMigrator, lancarkan dan keluar dari aplikasi dengan  menekan butang home.3
  1. Lancarkan pula aplikasi File Manager dan pindahkan fail sqlite dan net.whatsapp.WhatsApp dari folder khas ke dalam folder WazzapMigrator.4
  1. Lancarkan semula aplikasi WazzapMigrator dan anda akan ditunjukkan paparan seperti ditunjukkan. Klik Yes dan tunggu sehingga proses conversion siap dilakukan.5 edit
  1. Lancarkan semula aplikasi WhatsApp dan klik butang Restore untuk mengekstrak data yang disimpan. Setelah proses restore mesej selesai anda sudah boleh melihat chat WhatsApp anda dari iOS yang telah dipindahkan.6

 Walaupun proses ini agak panjang, namun ia merupakan cara paling baik untuk anda mendapatkan semula semua sejarah chat anda dari aplikasi WhatsApp versi iOS masuk ke dalam WhatsApp versi Android. Selamat mencuba!

 

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here