Mozilla Ikut Jejak Langkah Google Dan Microsoft Untuk Sekat Kandungan Flash

547
**********

adobe-flash-gets-temporarily-killed-off-by-mozilla-firefoxSedikit masa dahulu, plug-in Flash merupakan antara komponen penting dan berguna tetapi kini ia seboleh-bolehnya cuba dielakkan memandangkan ia menjadi penyebab utama isu crash pada kebanyakan pelayar sesawang.

Jika sebelum ini Google dan Microsoft telah menyekat kandungan Adobe Flash di laman sesawang yang diakses melalui Chrome dan juga Edge, nampaknya Mozilla juga turut mengikut jejak langkah untuk berbuat demikian pada pelayar sesawangnya iaitu Firefox.

Menurut Mozilla, pihaknya akan menyekat kandungan Flash yang spesifik pada pelayar Firefox dan merancang untuk memperluaskan sekatan ini pada masa akan datang. Tambahnya lagi, kesemua kandungan berasaskan Flash hanya boleh dipaparkan secara manual iaitu sebaik sahaja pengguna membuat keputusan untuk melihatnya dengan menekan ruangan tersebut. Sebagaimana yang telah diketahui oleh kebanyakan pengguna, laman sesawang kini sudahpun mula mengguna pakai HTML5 sejak beberapa tahun yang lalu kerana ianya mampu melaksanakan tugasan yang lebih baik.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here