Membaca Mesej WhatsApp Tanpa Rakan Anda Sedari

5193
- Iklan -

1.1Fungsi blue tick yang diperkenalkan WhatsApp tidak diterima baik para pengguna pada awal kemunculannya, kita mahu tahu sama ada mesej kita sudah dibaca rakan namun pada masa yang sama kita tidak mahu rakan kita tahu bahawa kita sudah membaca mesej mereka, ironi kan. Jadi mengapa tidak nyah aktif sahaja fungsi read receipts? Jikalau kita nyah aktif fungsi tersebut kita tidak dapat lagi mengetahui sama ada mesej kita sudah dibaca atau belum, jadi editor kongsikan satu cara di mana anda boleh membaca mesej tanpa rakan anda melihat tanda blue tick pada mesej mereka.

  1. Periksa tetapan Read Receipts pada bahagian tetapan aplikasi WhatsApp, pastikan ianya aktif.2.1 logo
  1. Apabila anda menerima mesej daripada rakan tetapi tidak mahu beliau melihat blue tick, anda perlu mengaktifkan airplane mode sebelum masuk ke dalam aplikasi WhatsApp.2.2 logo
  1. Baca mesej seperti biasa dan pastikan anda sudah keluar dari aplikasi WhatsApp sebelum anda menyah aktifkan airplane mode.2.3 logo
  1. WhatsApp rakan anda akan kelihatan seperti begini, perhatikan jam pada bahagian atas yang menunjukkan 11.55 dan lihat tanda tick yang masih lagi kelabu walaupun mesej yang dihantar telah dibuka dan dibaca pada jam 11.54 (rujuk gambar langkah 3)2.4 logo

Ingat, teknik ini hanya berfungsi sekiranya anda keluar dari aplikasi sebelum menyah aktif airplane mode dan menyambung semula internet. Ering tidak akan menanggung akibat buruk sekiranya anda gagal mengikut langkah yang dikongsikan, haha.

Teknik ini bukanlah dikongsi bertujuan untuk tidak mempedulikan rakan-rakan anda, namun lebih kepada teknik mengelakkan isu antara anda dan rakan. Kadang kala kita terlalu sibuk untuk memberikan balasan serta merta, namun pada masa yang sama kita tidak mahu rakan berasa tersinggung dengan mengetahui kita sudah membaca mesej tetapi tidak membalas, jadi ini adalah satu solusi untuk mengelakkan situasi tersebut berlaku. Apa-apa pun hargailah rakan anda!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here