Akhirnya! Hello Android Nougat!

902
**********

Buat peminat Android! Google telah pun mengumumkan nama rasmi bagi versi sistem operasi terbaru Android N. Apabila dilancarkan secara rasmi kelak, ia akan dikenali sebagai Android Nougat. Ramai yang kecewa kerana menjangkakan bahawa Nutella bakal menjadi nama rasmi Android N.

Untuk pengetahuan anda, Nougat merupakan manisan yang berasaskan gula, madu dan kacang panggang, ia mempunyai tekstur yang sedikiat liat dan melekit, sama seperti snek bar kegemaran ramai, iaitu Snickers. Pemilihan Nougat meneruskan tradisi Google dalam menggunakan nama-nama manisan bagi setiap versi sistem operasi mereka.

Google sebelum ini telah membuka peluang kepada ramai pengguna dalam mencadangkan nama untuk Android N, dan mereka telah menerima pelbagai cadangan untuknya. Android Nutella adalah nama yang paling banyak dicadangkan, tetapi dilihat masih tidak menjadi pilihan.

Notifikasi
Notifikasi
multiwindow-splitscreen
Multi window – splitscreen
pip-active
Picture-in-Picture

Android Nougat akan hadir tidak lama lagi dengan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, penambahbaikan notifikasi, ketahanan bateri yang lebih baik, sokongan dua aplikasi pada satu skrin dan banyak lagi.

Apa kata korang pulak dengan nama Android Nougat ini?

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here