20 Pemenang Bertuah! Kempen Raya “Pasti Dapat Dengan Lenovo” Membawa Pulang Produk Bernilai RM20,000

605
**********
20 pemenang bertuah dan juga pasangan masing-masing bergambar bersama-sama dengan Foo Mun Yee selaku Ketua Telefon Pintar Lenovo Malaysia.
20 pemenang bertuah dan juga pasangan masing-masing bergambar bersama-sama dengan Foo Mun Yee selaku Ketua Telefon Pintar Lenovo Malaysia.

Pada pagi 30 Jun yang lepas, seramai 20 orang pemenang bertuah dengan ditemani oleh pasangan masing-masing telah berkumpul di Giant Hypermarket  USJ 1 dalam perlumbaan yang menarik. Dengan masa yang telah dihadkan hanya 10 minit, setiap pasangan ditugaskan untuk mengambil sebanyak mungkin produk yang terdapat di pasaraya tersebut dengan nilai keseluruhan mencecah sehingga RM1,000. Berkejar dengan masa yang terhad, cabaran ini menyaksikan para peserta telah memenuhkan ruang troli mereka dengan pelbagai produk termasuklah makanan, pakaian, barangan pembersihan, susu bayi, kelengkapan mandi, dan juga barangan Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Dua peserta memulakan cabaran dengan mengisi pelbagai produk dalam tempoh 10 minit.
Dua peserta memulakan cabaran dengan mengisi pelbagai produk dalam tempoh 10 minit.

Jumlah keseluruhan produk yang telah berjaya dikumpulkan oleh setiap peserta akan dikira nilainya dan tiga pasangan yang berjaya menamatkan cabaran dengan masa terpantas serta nilai terkumpul paling hampir dengan RM1,000 turut menerima hadiah tambahan iaitu hamper Giant bernilai RM200. Ketiga-tiga pemenang untuk cabaran ini adalah Siti Rozila binti Sujari, Cheah Wei Kuan dan Bina Philips.

(Dari kiri) Bina Philips, Siti Rozila binti Sujari dengan pasangannya Rozila binti Sujari, dan Cheah Wei Kuan menerima hamper bernilai RM200 daripada Amanda Cheah selaku Pengurus Jualan Pemasaran Runcit Lenovo Malaysia.

Untuk melayakkan penyertaan kempen Raya “Pasti Dapat Dengan Lenovo” ini, pelanggan perlu membuat pembelian telefon pintar jenama Lenovo sepanjang tempoh promosi dan menjawab soalan melalui SMS, kod QR ataupun borang online. Sebanyak 300 penyertaan yang sah telah diterima dan hanya 20 pemenang bertuah telah dipilih untuk menyertai cabaran ini.

Para peserta berpuas hati dengan pelbagai barangan yang telah berjaya dikumpulkan.
Para peserta berpuas hati dengan pelbagai barangan yang telah berjaya dikumpulkan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here