Yes Lancarkan Model Altitude Di Pasaran Tempatan

2878
**********

DSC_0145Seiring dengan perasmian pelan kad SIM terbaru Yes 4G, Yes turut mengejutkan media yang hadir dengan pelancaran smartphone keduanya iaitu Altitude di pasaran tempatan. Ia adalah smartphone kedua yang diperkenalkan oleh Yes 4G selepas model Yes Eclipse yang dilancarkan pada tahun 2012. 2Tampil dengan paparan skrin bersaiz 5.0 inci bersama teknologi IPS LCD, model ini menyokong sambungan VoLte yang membolehkan anda membuat panggilan dengan lebih jelas berbanding rangkaian 3G/2G. Dikuasakan oleh pemproses Quad Core berkelajuan 1.0GHz dengan chipset Qualcomm MSM8916, ia turut diserikan memori RAM 1GB serta memori dalaman berkapasiti 8GB.1Bukan itu sahaja, dua kad SIM yang disokong olehnya juga telah menyokong sambungan 4G pada kedua-duanya. Jadi anda tidak perlu menukar kad SIM jika ingin terus menikmati rangkaian 4G. Ditawarkan dengan harga hanya RM 399 termasuk GST dengan tiga warna pilihan, ia menjadikan Yes Altitude sebagai smartphone berharga rendah pertama di pasaran yang menyokong rangkaian VoLte.specKepada yang berminat untuk membeli Yes Altitude bersama pakej dari Yes, anda boleh melayari laman web YES untuk maklumat lanjut, tertakluk pada terma dan syarat.lte-yes-altitude

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here