Samsung Galaxy J3 Pro : Spesifikasi Lebih Rendah Dengan Rekaan Berasaskan Logam

1174
- Iklan -

1Peranti daripada siri Galaxy J keluaran Samsung merupakan peranti yang menyasarkan kepada spesifikasi yang lebih rendah dan juga pertengahan. Selepas kejayaan tahun lepas, tahun 2016 ini turut menyaksikan beberapa model yang dikemaskini diperkenalkan, termasuk siri Galaxy J yang baru sahaja dilancarkan bersama pek prabayar YES 4G.

Terkini, muncul pula Samsung Galaxy J Pro yang merupakan model peningkatan bagi Galaxy J3 (2016) yang diperkenalkan pada bulan November yang lepas. Sebenarnya, tidak banyak spesifikasi yang dinaiktaraf oleh peranti ini, cuma RAM 2GB, teknologi NFC dan juga penggambaran utama 8 Megapiksel.

1_meitu_6Walaupun Galaxy J3 Pro telah diperkenalkan pada tahun 2016, Samsung hanya sekadar menggunakan Android 5.1 Lollipop pada smartphone ini. Buat masa ini, peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja dengan tawaran harga RMB 990 (kira-kira RM 616) dan tiada sebarang maklumat rasmi bila ianya bakal memasuki pasaran tempatan.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here