Paparan ‘Condensed’ pada Samsung Galaxy S7 & S7 edge. Bagaimana cara untuk mengaktifkannya?!

880
**********

samsung-galaxy-S7-edge-leak-840x525

Seperti yang telah kita ketahui, kebanyakan peranti Android membenarkan kita untuk menukar saiz fon dengan mudah melalui tetapan khas yang tersedia di dalam Settings. Namun hanya saiz fon sahaja yang akan berubah, manakala saiz paparan masih dikekalkan sama seperti asal. Tetapi dengan Samsung Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge, anda sebenarnya boleh mengaktifkan satu mod yang tersembunyi yang dikenali sebagai paparan ‘Condensed’ yang akan mengecilkan keseluruhan paparan skrin peranti anda. Apabila mod ini diaktifkan, secara automatik DPI (Dots Per Inch) paparan skrin anda akan menjadi lebih kecil sekaligus membolehkan lebih banyak kandungan dipaparkan. Untuk mengaktifkan mod ini, anda boleh ikuti tip yang diajar seperti berikut…

Langkah 1Langkah 1Akses aplikasi Google Play Store pada peranti anda dan muat turun aplikasi Nova Launcher. Apabila pemasangan aplikasi tersebut telah selesai, buka aplikasi tersebut dan secara automatik antaramuka peranti anda akan berubah. Kemudian sentuh pada mana-mana bahagian skrin yang kosong sehingga menu aplikasi dipaparkan dan klik pada menu Widgets.

Langkah 2Langkah 2

Seterusnya cari widget Activities melalui senarai widget yang dipaparkan dan sentuh ikon tersebut dan letakkannya pada paparan homescreen.

Langkah 3Langkah 3

Kemudian klik pada ikon widget Activities dan tatal paparan skrin ke bawah untuk mencari menu “.DisplayScalingActivity” pada senarai dan klik pada menu tersebut.

Langkah 4Langkah 4

Apabila selesai memilih menu tersebut, anda hanya perlu menyentuh ikon widget tersebut dan menu khas akan dipaparkan yang meminta anda untuk memilih paparan “Standard” ataupun “Condensed”. Setelah mod Langkah “Condensed” diaktifkan, peranti anda akan di restart dan kini paparan skrin akan kelihatan lebih kecil dan anda bebas untuk menggunakan launcher kegemaran yang lain.

 

Contoh screenshot antaramuka dalam mod “Condensed”

pic 1_meitu_3pic 1_meitu_4

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here