Nama Untuk Android N Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi!

691

Android NMasih ingat pada Google I/O yang lepas, wakil google berseloroh dengan mengatakan nama yang bakal digunakan bergantung kepada pilihan pengguna. Sejak dibuka kepada pengguna Android, pihak Google telah menerima ribuan cadangan dan baru-baru ini Google telah menamatkan penerimaan cadangan untuk Android N.

Pihak Google amat berterima kasih kepada semua yang telah memberikan cadangan, mereka juga mengatakan akan membuat pengumuman nama akhir Android N dalam beberapa minggu lagi. Kebiasaannya nama setiap versi Android berdasarkan kepada nama makanan manis, antaranya Lollipop, Marshmallow, KitKat.

Apa macam pula peminat eRing? Nama manakah satu menjadi pilihan anda? Nutella? Nougat? Naan? Sama-sama kita nantikan apakah nama akhir Android N kelak, mungkin ada jer kejutan daripada Google.