Mencegah Kabel Earphone Dari Kusut

961
- Iklan -

Salah satu perkara yang sangat menjengkelkan dalam hidup editor adalah terpaksa berhadapan dengan kekusutan kabel earphone, ianya sangat menjengkelkan apabila kita perlu berusaha dan menghabiskan masa merungkai kekusutan tersebut. Namun kita boleh mengelak masalah tersebut dengan mengaplikasikan teknik mengikat kabel yang betul.

Cara mengikat kabel

1. 0Siap sediakan jari anda untuk rock! Genggam jari dan hanya buka jari telunjuk dan kelingking. Selepas itu sepit kepala earphone dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Pastikan kepala earphone disepit dengan kemas dan kabel berada di belakang jari kelingking.

2. 01Mula mengikat kabel dengan melilitnya pada jari kelingking dan seterusnya tarik kabel ke bahagian belakang jari telunjuk. Pastikan lilitan kabel berbentuk nombor 8 dan ulang proses tersebut sehingga kabel tinggal 5 – 10 inci.

3. 02Baki kabel yang tidak dililit akan digunakan sebagai pengikat untuk merapikan kabel. Lilit baki tersebut dengan melalukannya di belakang lilitan kabel berbentuk 8, dan lilit dengan kemas. Anda boleh membiarkan hujung audio jack atau menyelitnya di celahan kabel.

4. 03Apabila anda ingin menggunakan semula earphone, anda cuma perlu membuka lilitan terakhir yang diikat dan earphone anda akan terurai dengan kemas. Jadi anda tidak perlu lagi bergelut dengan kabel kusut.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here